Grind.

Archives

  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • January 2022

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Deals
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong
  • Keluarga
  • Kewangan
  • Melaka
  • Pendidikan
  • Resepi
  • Selangor
  • Tips & Tricks
  • Travel
Grind.
  • Keluarga
  • Tips & Tricks

5 Tips Cara Menjaga Bayi Baru Lahir Untuk Suami

  • December 16, 2022
  • Zulhamizan Zuhairi
#image_title
Total
1
Shares
1
0
0

Ish, tak retilah aku nak tidurkan baby ni. Asyik merengek saja dari tadi. Biar Mama dia yang tidurkanlah. Aku bukannya tahu cara menjaga bayi baru lahir ni.” Ini 5 tips cara menjaga bayi baru lahir untuk suami.

Sesetengah suami berasa kekok bila tak tahu cara menjaga bayi baru lahir, apatah lagi menidurkan mereka. Tapi, Papa jangan terlalu cepat mengalah! Kalau anda tahu betapa banyaknya manfaat yang anda dapat daripada proses menidurkan bayi, tentu anda akan tak mahu melepaskan peluang untuk melakukannya.

5 Kesan Luarbiasa Ini Akan Berlaku Bila Papa Belajar Cara Menjaga Bayi Baru Lahir

Berikut adalah 5 kelebihan dan kesan luarbiasa yang boleh berlaku kepada bayi, hubungan rumah tangga anda, serta peranan anda sebagai bapa.

1. Kesan Mendalam Kepada Papa

Sifat lelaki yang maskulin mungkin menjadi ibarat ‘dinding’ antara hubungannya dengan anak, terutamanya yang masih bayi. Berbanding wanita yang sudah mengandungkan bayi sejak 9 bulan sebelum dilahirkan, sudah tentu hubungan antara bayi dan ibu lebih mudah untuk terbentuk.

Oleh itu, apabila Papa mula memainkan peranan untuk menidurkan bayi, perkara pertama yang akan berlaku sebenarnya adalah kepada Papa sendiri. Pada saat inilah anda mula berhadapan dengan bayi tanpa bantuan Mama. Ketika ini, anda akan menatap wajahnya dengan lebih tumpuan, menyanyikan lagu untuk menenangkannya, mengusap badannya, malah anda akan mungkin melakukan perkara yang tidak pernah anda lakukan demi memujuknya tidur.

2. Melatih Rutin Tidur Yang Baik Antara Cara Menjaga Bayi Baru Lahir

Diana Julian, seorang Certified Child Sleep Consultant menjelaskan bahawa menurut pengalaman beliau, ibu-ibu yang mendapat sokongan penuh daripada pasangan mereka dalam menguruskan rumah tangga dan pengasuhan anak adalah paling berjaya melatih rutin tidur yang baik.

Salah satu cara yang paling disarankan oleh beliau untuk melibatkan Papa dalam kerjasama ini ialah dengan teknik ‘Finishing Touch’. Caranya, apabila Mama selesai menyusukan bayi, Papa akan mengambil alih – membantu bayi sendawa, menenangkannya, dan menidurkannya. Dengan cara ini, Mama dapat mengambil masa untuk berehat atau menguruskan diri sendiri.

3. Mama Dapat Berehat & Bertenang

Selepas bersalin, terutamanya dalam tempoh berpantang, sesetengah wanita akan mengalami pergolakan emosi yang hebat. Jangan ingat mereka yang dalam tempoh cuti bersalin ini sedang ‘bercuti’. Sebaliknya, fahamilah bahawa mereka ini sedang mengalami proses pemulihan akibat melahirkan. Selain kesakitan yang dialami, mereka terpaksa berjaga malam, menyusukan bayi setiap 2 jam, dan menguruskan setiap keperluan bayi.

Maka, tak hairanlah ibu-ibu ini boleh mengalami tekanan mental dan meroyan sekiranya tidak mendapat sokongan suami. Dengan membantu menidurkan bayi, setidak-tidaknya anda dapat memberi sedikit masa untuk isteri berehat.

4. ‘Alone Time’ Dengan Papa Merupakan Cara Menjaga Bayi Baru Lahir Yang Effektif

Setiap anak memerlukan ‘alone time’ dengan Papa kerana di sinilah anda akan saling mengenali antara satu sama lain. Oleh kerana Papa sentiasa berada di luar dan bekerja, inilah peluang untuk anda berbuat demikian dan ini merupakan cara menjaga bayi yang baru lahir yang effektif!

Sekalipun cara Papa menidurkan bayi tidak sama dengan Mama, tidak mengapa. Dan sebenarnya, memang inilah yang diperlukan oleh bayi – mereka perlu merasakan keunikan ‘male bonding’ daripada seorang ayah. Mereka perlu mendengar degupan jantung Papa, mereka perlukan skin-to-skin contact dengan Papa, mereka mahu berada dalam dakapan Papa supaya mereka dapat lebih rapat dengan Papa dan tidak mencari kekosongan ini apabila besar kelak.

5. Mengukuhkan Hubungan Rumah Tangga

Dengan melihat si suami menidurkan bayi, isteri mana yang tidak jatuh hati. Perasaan sayang semakin menebal dan isteri akan lebih menghargai setiap usaha suami.

PantangPlus juga percaya, dengan mempraktikkan hal ini, Papa bukan saja akan mengetahui cara menjaga bayi baru lahir, malah anda berdua akan menjadi lebih rapat dan dapat belajar antara satu sama lain sekalipun menghadapi beberapa kesukaran dalam mengasuh bayi.

Papa Bukan Sekadar ‘Membantu’ Mama

Pengasuhan anak adalah proses yang panjang dan mencabar. Oleh itu, sokongan Papa sangat bermakna kepada Mama. Ingatlah bahawa ianya bukan sebuah pertandingan untuk melihat siapa lebih handal.

Apabila Papa menidurkan bayi, mereka bukan sekadar ‘membantu’ Mama, tetapi mereka sedang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Dan ini semua akan memberi kesan kepada emosi anak!

Sumber : pantangplus.com

Total
1
Shares
Share 1
Tweet 0
Pin it 0
Zulhamizan Zuhairi

Related Topics
  • bayi baru lahir
  • cara menjaga bayi
  • ibu bapa
Previous Article
  • Kewangan
  • Tips & Tricks

Tips Kewangan: 10 Kesilapan dalam Pengurusan Kewangan yang Biasa Ramai Lakukan

  • December 16, 2022
  • Zulhamizan Zuhairi
View Post
Next Article
  • Resepi
  • Tips & Tricks

(Video) Daging Jadi Liat Kalau Masak Tak Kena Cara, Guna Ais Je Boleh Buat Daging Cepat Empuk

  • January 1, 2023
  • zuheir
View Post
You May Also Like
rezeki tidak berkat tazkirah ustaz ebit lew
View Post
  • Agama
  • Tips & Tricks

(VIDEO) Suami Yang Tipu & Sakitkan Hati Isteri, Allah Akan Tarik Berkat dalam Hidupnya – Ustaz Ebit Lew

  • zuheir
  • January 7, 2023
Ibadah-Ibadah Terlarang saat Keluar Darah Haid
View Post
  • Agama
  • Tips & Tricks

Penting! Ibadah-Ibadah Yang Dilarang Ketika Keluar Darah Haid

  • zuheir
  • January 7, 2023
riyak dalam solat
View Post
  • Agama
  • Tips & Tricks

“Perkara Yang Aku Lebih Takutkan Daripada Dajjal Iaitu..” – Nabi Muhammad SAW

  • zuheir
  • January 7, 2023
View Post
  • Keluarga
  • Tips & Tricks

11 Cara Untuk Halau Cicak Di Rumah, Cara Pertama Tu Paling Mudah & Berkesan

  • zuheir
  • January 7, 2023
View Post
  • Resepi
  • Tips & Tricks

(Video) Daging Jadi Liat Kalau Masak Tak Kena Cara, Guna Ais Je Boleh Buat Daging Cepat Empuk

  • zuheir
  • January 1, 2023
View Post
  • Kewangan
  • Tips & Tricks

Tips Kewangan: 10 Kesilapan dalam Pengurusan Kewangan yang Biasa Ramai Lakukan

  • Zulhamizan Zuhairi
  • December 16, 2022
ayah ajar anak solat doa
View Post
  • Keluarga
  • Tips & Tricks

Ibu Kongsi 16 Tips Ajar Anak Solat Seawal Usia 2 Tahun, Pasti Berkesan!

  • zuheir
  • December 13, 2022
View Post
  • Keluarga
  • Tips & Tricks

40 Gambar Inspirasi Ruang Solat di Rumah

  • zuheir
  • December 10, 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • [VIDEO] Viral Video Previu Perodua Axia Serba Baharu 2023 di Tiktok
  • [TERBARU] Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Kini Bersasar! Berita Terbaik Untuk Semua Pencarum!
  • BLP 2023 : Ini Cara Mohon Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia ~ Semak Sekarang!
  • Bantuan Tambahan RM700 Akan Diteruskan Bermula Januari Ini : Semak Sini Sekarang!
  • [URGENT] Menderita Jantung Berlubang, Adik Faiq Perlu Sumbangan Kilat RM100k Untuk Pembedahan Segera

Recent Comments

No comments to show.
Grind.
Roti Susu

Input your search keywords and press Enter.