The Best Fluffy Pancakes recipe you will fall in love with. Full of tips and tricks to help you make the best pancakes.

Nestle : Kempen Boikot Produk Israel 2023

BOIKOT produk-produk yang meyumbang kepada rejim zionis!

Ketahuilah, setiap sen yang kita belanjakan dalam syarikat perniagaan Yahudi itulah modal kepada Yahudi Zionis untuk terus membantai kanak-kanak kecil, orang tua, wanita dan nyawa yang tidak berdosa di Palestin.

Mudah-mudahan usaha kecil kita ini akan membuahkan nusrah (kemenangan) daripadaNya.

Ayuh kita menyeru ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan untuk bersama-sama dengan kempen memboikot perniagaan Israel dan sekutunya sebagai tanda protes kita terhadap kekejaman mereka kepada saudara seagama.

Kempen Boikot Produk Israel 2023

Seruan boikot oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bertarikh 15 Oktober 2023 – Baca artikel Berita Harian disini.

seruan boikot israel #israelcuak

Siapa Nestlé?

Merujuk kepada laman web Nestle Malaysia, Nestlé merupakan pengilang terbesar dunia untuk produk makanan dan minuman. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé kini berada di 191 buah negara di seluruh negara. Sejak tahun 1912 lagi, Nestlé telah memberikan khasiat yang bernutrisi kepada rakyat Malaysia menerusi jenama-jenama dan produk-produk seperti MILO, MAGGI, NESCAFÉ dan KITKAT, di samping mengekalkan integriti status Halal.

Gambar: majalahlabur.com

Semua produk dihasilkan Nestlé merangkumi setiap peringkat pengguna bermula daripada bayi sehinggalah yang dewasa, dari sarapan pagi sehingga ke makan malam.

Tahu tak tahun 2022 sahaja Nestle Malaysia mendapat keuntungan bersih sebanyak RM569.8 juta? Rujuk sini

Nama Syarikat : Nestle

Produk : Makanan dan Minuman

Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips, Friskies, Nesquik, Nankid, Nestum, Omega, Smarties, Bliss, L

Fakta : Nestlé adalah syarikat makanan Swiss terbesar di dunia. 53.8% saham pelaburannya yang bernilai lebih $ 850 juta, dimiliki oleh syarikat pengeluar makanan terkemuka Israel, Osem Investments. Nestle mempunyai 9 kilang di Israel, Rusia (11) dan China (18). Ia adalah bilangan tertinggi di mana-mana negara di Asia. Dan pada Mei 2011, Nestle mengumumkan rancangan untuk membina kilang lain di Israel, sebuah kilang ais krim bernilai $ 40 juta.

Pada tahun 1998, Encik Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli oleh Perdana Menteri Israel Netanyahu. Pada tahun 2000,  Nestlé mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Berikutan anugerah pada bulan Jun 2002 Nestle membuka Pusat Penyelidikan & Pembangunan di Israel, di Sderot. Dan sejak itu ia telah semakin meningkat pelaburan di Israel, kepentingan awal 10% dalam Osem Investments kini telah berkembang kepada mengawal 53.8%.

Nestle juga memiliki Nespresso Israel Ltd di Tel Aviv yang membekalkan peralatan pembuatan kopi. Pada tahun 2010 Nestle memperoleh $72,000,000 (51%) kepentingan dalam syarikat Israel babyfood Materna Laboratories. Nestlé juga memiliki 30% kepentingan dalam L’Oréal, sebuah lagi syarikat yang perlu diboikot.

gambar: majalahlabur.com
sumber: internationalbusinessguide.org

Pelik tapi benar, Nestlé yang menguasai industri makanan dan minuman turut mempunyai pegangan saham dalam syarikat kosmetik terkemuka di dunia L’Oreal sejak 40 tahun yang lalu. Nestlé S.A yang berpengkalan di Switzerland memiliki 23% pegangan dalam L’Oreal, yang bernilai kira-kira US$28 bilion. Jenama-jenama di bawah L’Oreal pula adalah:

  • The Body Shop
  • Maybelline New York
  • Lancôme
  • Giorgio Armani
  • Yves Saint Laurent
  • Biotherm
  • Kiehl’s
  • Ralph Lauren
  • Shu Uemura
  • Guy Laroche
  • Garnier
Sumber rujukan : L’Oreal Group

Paling tak sangka jenama makanan kucing Friskies juga adalah kepunyaan Nestlé. Jenama ini dipasarkan oleh Purina PetCare (Malaysia) Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Nestlé Purina PetCare Company yang berpangkalan di Missouri, Amerika Syarikat.

Perlukah boikot barangan dan produk Nestle?

Anda boleh terus menonton video ini “Perlukah boikot barangan dan produk Nestle?” dari Prof Nazari, BDS Malaysia.

Produk Alternatif Buatan Malaysia

Tahukah anda, terdapat pelbagai alternatif produk buatan Malaysia dan keluaran tempatan yang boleh dibeli, antaranya :

  1. Marrybrown
  2. Secret Recipe
  3. 1901
  4. Manhattan Fish Market
  5. Zus Coffee
  6. San Francisco Coffee
  7. Padini
  8. Saji
  9. Gardenia
  10. Adabi
  11. Sunquick
  12. Mak Siti
  13. Mokti’s Ice Cream
  14. Beryl’s
  15. Boh Tea
  16. Ramly Burger
  17. Faiza
  18. Adela
  19. Ayamas
  20. Mydin
  21. Az-Zain

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada pembaca. Jangan lupa, sebarkan info ini ke serata platform social media yang anda ada!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *