The Best Fluffy Pancakes recipe you will fall in love with. Full of tips and tricks to help you make the best pancakes.

Markah, Ranking Peserta Untuk Minggu Ke-8 All Stars Gegar Vaganza

Fun fair Tok Ram itulah tema untuk minggu ke lapan All Stars Gegar Vaganza, yang telah pun berlangsung pada hari Ahad. 

Tema ini memperlihatkan pelbagai lagu yang begitu jauh dari landasan genre asal para peserta. 

Semua lagu yang dipilih oleh Tok Ram sememangnya sukar buat para penyanyi. Ada lagu jenaka, ada lagu dangdut dan ada lagu tradisional. 

Untuk minggu ke lapan ini, nampak jelas penyanyi lelaki telah menguasai pentas apabila kesemua mereka telah berjaya mendapat top 4. 

Tempat pertama dengan markah tertinggi iaitu sebanyak 78 peratus ialah milik Aliff Aziz. 

Nyanyian Aliff membawa lagu Datuk M Daud Kilau sememangnya menghiburkan juri-juri dan juga para penonton. 

Aliff membawa watak yang amat ceria dan tidak kekok menyanyikan lagu M Daud Kilau. 

Di tempat kedua pula milik Naqiu yang membawa lagu juri Hetty Koes Endang iaitu Kuda Hitam. 

Tomok pula berjaya menambat hati dengan persembahan penuh komedi dan jenaka dengan lagu Apa Dah Jadi berada di tempat kedua. 

Seorang lagi yang membawa lagu M Daud Kilau ialah Hady Mirza di tempat kempat dengan markah 74 peratus. 

Dengan membawa tema Elvis, Hady berjaya menghiburkan para penonton. 

Ini keputusan penuh minggu ke 8 All Stars Gegar Vaganza. 

Untuk bottom two pula, ianya di antara Noryn Aziz dan juga Nikki Palikat. 

Dengan markah 57 peratus Noryn mendapat tempat kedua terendah. 

Peserta dengan markah terendah dengan 56 peratus adalah Nikki Palikat. 

Namun begitu, berita baik buat para peserta, iaitu pada minggu ini, sememangnya tiada penyingkiran, jadi Nikki telah terselamat dan akan meneruskan perjalanannya untuk minggu depan. 

Untuk minggu depan iaitu minggu ke 9 All Stars Gegar Vaganza, sekali lagi tema duet telah diumumkan, dan kali ini para peserta akan bergandingan dengan penyanyi yang pernah terlibat dengan rancangan realiti. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *