Connect with us

Ibu Kongsi 16 Tips Ajar Anak Solat Seawal Usia 2 Tahun, Pasti Berkesan!

ayah ajar anak solat doa

Trending

Ibu Kongsi 16 Tips Ajar Anak Solat Seawal Usia 2 Tahun, Pasti Berkesan!

Mendidik anak-anak untuk solat tidak semudah mengajar anak ABC atau mengira. Perkongsian ini dibuat di laman facebook oleh puan Farhuda Zulaikha iaitu 16 tips ajar anak solat seawal usia 2 tahun yang mana ibu bapa di luar sana boleh cuba praktikkan.

Mendidik anak-anak untuk solat tidak semudah mengajar anak ABC atau mengira. Perkongsian ini dibuat di laman facebook oleh puan Farhuda Zulaikha iaitu 16 tips ajar anak solat seawal usia 2 tahun yang mana ibu bapa di luar sana boleh cuba praktikkan.

IBU KONGSI 16 TIPS AJAR ANAK SOLAT SEAWAL USIA 2 TAHUN

Tak susah pun nak ajar anak-anak solat sejak kecil.Yang penting ibu ayah pun perlulah menitik beratkan hal solat masing-masing. Ini antara tips mudah ajar anak-anak solat:

1. Ibu Ayah Solat Awal Waktu

Solat ibu ayah perlulah awal waktu, tunjukkan bahawa solat itu penting untuk kita dahulukan.

2. Solat Depan Anak Sejak Mereka Bayi

Sebaiknya solat di depan anak-anak sejak mereka bayi lagi. Walaupun ada anak kecil atau bayi, usahalah untuk solat berjemaah suami isteri. Letakkan bayi di sebelah kalian. Jika dia sudah pandai merangkak atau berjalan, pastikan keadaan sekitar tidak merbahaya sebelum kalian mulakan solat.

Ye mungkin kadangkala mereka akan memanjat, masuk dalam kain dan sebagainya. Itu fitrah mereka. Segala itu akan menjadi kenangan nanti. Bukankah cucu Rasulullah pun memanjat baginda ketika bersolat?

3. Ada Ruang Khas Solat

Lagi bagus jika ada ruang khas solat di rumah. Boleh jadi bilik khas mahupun sekadar suatu sudut khas. Pastikan keadaan kawasan berkenaan bersih dan jauh dari bunyi bising. Jika bersolat di ruang tamu, ajarkan anak-anak bahawa tv perlu ditutup atau dihentikan ketika waktu solat.

Baca sini untuk inspirasi ruang solat : 40 Gambar Inspirasi Ruang Solat di Rumah

4. Ibu Ganti Peranan Jika Tiada Ayah di Rumah

Jika ayah tiada di rumah, ibu harus memainkan peranan untuk ajak anak solat bersama. Jika ibu ‘cuti’ pastikan anak-anak tetap disuruh bersolat.

5. Tetap Ganti Solat Jika Tertidur

Sekiranya ada anak-anak yang baru sahaja melelapkan mata apabila tiba waktu solat, pastikan sebaik sahaja mereka bangun mereka harus solat biarpun telah melepasi waktu. Ajarkan yang solat itu wajib. Apabila sudah boleh berfikir, ajarkan apa itu solat qada’ dan juga masbu’.

6. Baca Surah Dengan Kuat

Ayah perlu baca surah kuat-kuat, tertib dan tartil. Biar dapat didengari anak sepatah-demi sepatah. InsyaAllah mereka boleh menghafal surah dengan hanya mendengar bacaan kita setiap hari.

7. Tidak Perlu Sempurna

Ajarkan mereka perlahan-lahan. Tidak perlu tinggu mereka pandai semua rukun baru nak suruh solat. Biarkan mereka bersolat walupun sekadar meniru pergerakan dalam solat. Walaupun ada yang kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap pandang belakang. Semakin besar nanti ajarlah mereka apa itu rukun solat, apa yang tidak boleh dilakukan.

anak sujud kopiah baju melayu
Image Siraplimau.com

8. Ajar Berwudhuk Kemudian

Ajarkan wudhu’ bila mereka sudah faham. Awal-awal belajar solat itu wudhu’ boleh diajar kemudian. Kalau tidak, jenuh juga bertukar baju yang lencun nanti bila yang umur 3 tahun ambil wudhu’. Slowly but surely.

9. Didik Asas Solat Dahulu

Didik dan semailah dalam jiwa mereka kenapa kita perlu melaksanakan solat. Ajarkan berapakah solat wajib yang perlu dilaksanakan. Berapa rakaatkah setiap solat. Apakah tanda masuknya waktu solat.

10. Ibu Ayah Solat Berjemaah

Ibu ayah, jika boleh solatlah berjemaah. Selain pahalanya berganda-ganda, anak-anak juga akan lebih excited jika mereka memerhatikan semua perkara kita buat bersama-sama. Berjemaahlah sekalipun hari itu kita tengah berkecil hati/ salah faham/ berperang dunia dengan pasangan kita. InsyaAllah akan sejuk selepas itu.

11. Sediakan Sejadah Peribadi

Sediakan sejadah peribadi milik mereka setiap satunya. Sekarang ini pelbagai jenis sejadah moden yang dijual. Ada juga yang specially designed untuk kanak-kanak dengan gambar kartun dengan saiz yang lebih kecil.

Kami membelikan sejadah kecil begini untuk mereka. Sejadah-sejadah ini dibeli ketika masih kecil, kebetulan pula warna-warna itu bertepatan dengan warna character kartun PJ Mask dengan Owlette (merah), Geko (hijau), Catboy (biru). Rehal pun beli warna yang sama.

12. Beri Reward

Reward system. Ketika mereka masih kecil, boleh galakkan mereka untuk solat dengan sistem reward menggunakan sticker. Tampalkan sticker pada board peribadi mereka. It may look for fun but it works.

13. Beri Peluang Anak Bacakan Doa

Beri peluang kepada anak-anak kecil untuk mengetuai bacaan doa. Usai doa abah yang panjang, minta merela mengetuai bacaan doa ringkas sambil kita turut menadah tangan.

Contoh doa yang paling mudah adalah doa ibu bapa. Si anak bujang boleh diberi mandat untuk Iqamah. Tidak lupa ajak juga anak – anak untuk membaca alFatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Semoga mereka istiqamah melakukan perkara yang sama apabila kita meninggal kelak.

14. Ayah Beri Hint Bila Masuk Waktu

14. Apabila tiba sahaja waktu untuk solat, boleh minta abah yang garang bagi hint : Whudu’!! Maka akan bertempiaran larilah yang si besar-besar untuk segera ambil wudhu’ meninggalkan apa yang sedang mereka kerjakan.

15. Tiada Pengecualian

15. Solat tidak boleh tinggal langsung. Jika di rumah solat lima waktu ajarkan juga mereka bahawa sama juga jika balik kampung atau semasa jalan-jalan. Tiada pengecualian.

16. Tunggu Mereka

16. Akhir sekali, tunggulah mereka di atas tikar sejadah sebelum kalian mengangkat takbir. Pastikan semua orang bersedia sepenuhnya barulah mereka bersemangat solat bersama dan tanda kita mahu mereka bersama-sama menghayati solat.

Sumber: SirapLimau

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Trending

To Top