Sebelum kami kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan dia.
CARA HALAU CICAK DARI RUMAH, TAK DATANG ‘BERKAMPUNG’ DAH
Berdasarkan profile cicak kat atas ni kami senaraikan 11 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita:
1. Nak Mudah, Spray Guna CAMAY
Camay Repellent merupakan spray serangga organik yang dihasilkan mengikut kaedah alami untuk menghalau, membasmi seterusnya menghapuskan semua jenis serangga secara total serta selamat dan terhindar daripada sebarang racun berbahaya.
Kandungan: air, cuka peram,gula perang, bahan organik (neem oil, bawang putih), yis.
Harga: boleh semak di shopee atau klik butang oren dibawah.
Hilangkan bekalan makanan cicak dekat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak dekat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk.
Bila bekalan makanan dia tiada dekat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau tiada lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah Hani susah nak jumpa cicak.
3. Sediakan Jejak Burung di Rumah
Disebabkan cicak takut dekat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha tak payah sampai macam itu sekali, memadai sediakan jejak burung seolah-olah ada burung dekat rumah kita dengan cara :
Jangan dihancurkan kulit telur burung puyuh ni. Memadai letak seketul dua dekat tempat masuk cicak.
Letak beberapa kulit telur burung puyuh dekat area tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Dia nampak saja telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah haha.
Lekatkan bulu pelepah burung dekat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat dekat dinding jadikan perhiasan.
4. Jangan Rapatkan Perabot di Dinding Rumah
Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding.
Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau dekat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut-sangkut macam bingkai cermin dan gambar.
5. Jaga Kebersihan Rumah
Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai-ramai panggil geng dia sebab banyak makanan dia dekat rumah tu haha.
6. Elakkan Melonggok Barang
Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama.
Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas untuk setiap barang-barang.
7. Letak Bawang Putih / Bawang Merah Dalam Kabinet
Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Karang membusuk lain pulak jadinya.
8. Letak Ubat Gegat
Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci atau kabinet berisi makanan tak digalakkan.
9. Lap Meja Dengan Semburan Cuka
Lap permukaan meja makan atau kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (D.I.Y surface cleaner, resepi kat caption gambar) untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita.
250ml air biasa (air paip)
50ml cuka (cuka murah-murah je cuka sintetik pun ok)
3 sudu plastik dish soap (Hani guna Joy)
1 sudu plastik dettol
10. Pelekat Perangkap Lalat
Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar.
Cicak akan melekat dekat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan untuk orang penggeli cicak macam Hani (hahaha Hani tak berani buat ni).
11. Bela Kucing di Rumah
Bela kucing sebab kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang-kadang sumpah-sumpah pun dia orang boleh “hadiahkan” kat tuan dia.
Jadi pilihlah cara yang mana satu yang nak diguna untuk singkirkan cicak dekat rumah. Semoga bermanfaat.