Grind.

Archives

  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • January 2022

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Deals
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong
  • Keluarga
  • Kewangan
  • Melaka
  • Pendidikan
  • Resepi
  • Selangor
  • Tips & Tricks
  • Travel
Grind.
  • Agama
  • Tips & Tricks

“Perkara Yang Aku Lebih Takutkan Daripada Dajjal Iaitu..” – Nabi Muhammad SAW

  • January 7, 2023
  • zuheir
riyak dalam solat
riyak riak dalam solat
Total
12
Shares
12
0
0
[elementor-template id=”2534″]

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: “Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajjal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Riak dikategorikan sebagai syirik kecil adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh Nabi SAW menimpa umatnya kerana syirik ini sangat halus dan kurang disedari oleh manusia yang melakukan ibadah.

Dosa syirik tidak diampunkan Allah (secara automatik) maka hendaklah bertaubat nasuha agar diampuni dosa ini.

Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi.

Fitnah Riak Dalam Hati

Melakukan ibadah tetapi tidak ikhlas, bukan kerana Allah. Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari berkata; “Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia.”

Riak berlaku hasil dari hati yang TIDAK IKHLAS. Iblis dan Syaitan menjalankan kerja-kerja menghiasi amalan-amalan kita dengan sifat riyak agar kita mudah menjadi terkenal dengan habuan dunia yang menyeronokkan dan sementara. Itulah di antara janji-janji Iblis yang penuh dengan kepalsuan.

Dari Ibnu Mas’ud dari Nabi S.a.w, baginda bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun.” Hadith Riwayat Muslim.

Kenapa riak dikatakan syirik? Kerana kita meletakkan manusia setaraf dengan Allah. Sepatutnya sembahyang kita dan segala ibadah kita hanya kepada Allah tetapi kita lakukan kerana manusia. Maka kita letakkan manusia setaraf dengan Allah pada ibadah. Sebab itu riak dianggap sebagai perbuatan syirik.

Ketahuilah bahawa riak ini sebagai contoh adalah usaha oleh dirimu sendiri untuk mencari kedudukan di hati orang lain agar dihormati, disegani dan dipuji serta dipuja yang bertujuan untuk menampakkan dirinya kepada orang lain agar diketahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya, dan amalnya.

Betapa ramai manusia binasa dengan nafsu rasa ingin dipuja ini. Mereka lupa bahawa apa yang mereka ada itu adalah kerana izin ALLAH SWT.. Jika ALLAH mengatakan TIDAK! Maka tiada satu pun pada mereka.

Mereka gemar melakukan perbuatan-perbuatan amal seperti solat dan sebagainya ini adalah semata-mata kerana riak iaitu ingin mendapatkan pujian semata-mata.

Riak adalah mengharapkan keduniaan semata-mata dan bagi menjaga status dirinya dengan melakukan amal-amal kebaikan untuk mendapat pujian.

Antara contoh-contoh riyak adalah:

  1. Melakukan amal soleh dan berakhlak mulia semata-mata mahu mendapat pujian dari masyarakat.
  2. Memakai pakaian yang zuhud padahal dirinya bukan orang yang zuhud dalam hatinya.
  3. Berpura-pura benci kepada keduniaan padahal ia menyesal jika terlepas melakukan perkara yang menguntungkan.
  4. Melakukan amal solat dan sedekah jika dilihat orang.

Nabi Muhammad Saw berkata: “Aku tidak bertanggung jawab kepada orang-orang yang bersifat Riya’”.

Nabi Muhammad Saw berkata dalam hadisnya yang mulia: “Siapa orang yang berpuasa hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, Siapa orang yang solat hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, Siapa orang yang bersedekah hanya ingin dilihat orang maka itu adalah Riya’. (Hadis Riwayat Al Imam Ahmad).

erti sifat riak takbur dan ujub

Sepertimana firman Allah Ta’ala; “Maka Wail (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riak (menunjuk-nunjuk). Surah Al-Mauun Ayat 4.

Jika bagi mereka yang sembahyang pun masih lagi dijanjikan Neraka Wail jika dia lalai daripada mengingat Allah apatah lagi bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.

Sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir.

Rasa bertuhan tidak akan timbul. Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat-sifat sombong dan riyak, sum’ah dan ingin dipuji, rasa diri bersih dan tidak takut dengan Tuhan.

Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya.

Dosa seperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak tahu atau tidak merasa membuat dosa.

Akhirnya manusia itu mati di dalam suasana su’ul khatimah kerana dia rasa dia membuat baik bukan membuat dosa dan derhaka.

Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka di dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka.

Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah.

Cara yang terbaik semestinya merahsiakan amalan baik kita agar ia terpelihara dari sifat riyak kerana ia akan menjadikan amalan baik kita sia-sia, serta turut menjatuhkan kita ke dalam golongan yang syirik.

Biar Allah saja mengetahuinya kerana niat kita beribadah hanya untuk mencari keredhaanNya.

Firman Allah Taala, mafhumnya: “Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” Surah As Syuura: Ayat 20.

Total
12
Shares
Share 12
Tweet 0
Pin it 0
zuheir

Previous Article
  • Keluarga
  • Tips & Tricks

11 Cara Untuk Halau Cicak Di Rumah, Cara Pertama Tu Paling Mudah & Berkesan

  • January 7, 2023
  • zuheir
View Post
Next Article
Ibadah-Ibadah Terlarang saat Keluar Darah Haid
  • Agama
  • Tips & Tricks

Penting! Ibadah-Ibadah Yang Dilarang Ketika Keluar Darah Haid

  • January 7, 2023
  • zuheir
View Post
You May Also Like
rezeki tidak berkat tazkirah ustaz ebit lew
View Post
  • Agama
  • Tips & Tricks

(VIDEO) Suami Yang Tipu & Sakitkan Hati Isteri, Allah Akan Tarik Berkat dalam Hidupnya – Ustaz Ebit Lew

  • zuheir
  • January 7, 2023
Ibadah-Ibadah Terlarang saat Keluar Darah Haid
View Post
  • Agama
  • Tips & Tricks

Penting! Ibadah-Ibadah Yang Dilarang Ketika Keluar Darah Haid

  • zuheir
  • January 7, 2023
View Post
  • Keluarga
  • Tips & Tricks

11 Cara Untuk Halau Cicak Di Rumah, Cara Pertama Tu Paling Mudah & Berkesan

  • zuheir
  • January 7, 2023
View Post
  • Resepi
  • Tips & Tricks

(Video) Daging Jadi Liat Kalau Masak Tak Kena Cara, Guna Ais Je Boleh Buat Daging Cepat Empuk

  • zuheir
  • January 1, 2023
View Post
  • Keluarga
  • Tips & Tricks

5 Tips Cara Menjaga Bayi Baru Lahir Untuk Suami

  • Zulhamizan Zuhairi
  • December 16, 2022
View Post
  • Kewangan
  • Tips & Tricks

Tips Kewangan: 10 Kesilapan dalam Pengurusan Kewangan yang Biasa Ramai Lakukan

  • Zulhamizan Zuhairi
  • December 16, 2022
ayah ajar anak solat doa
View Post
  • Keluarga
  • Tips & Tricks

Ibu Kongsi 16 Tips Ajar Anak Solat Seawal Usia 2 Tahun, Pasti Berkesan!

  • zuheir
  • December 13, 2022
View Post
  • Keluarga
  • Tips & Tricks

40 Gambar Inspirasi Ruang Solat di Rumah

  • zuheir
  • December 10, 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • [VIDEO] Viral Video Previu Perodua Axia Serba Baharu 2023 di Tiktok
  • [TERBARU] Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Kini Bersasar! Berita Terbaik Untuk Semua Pencarum!
  • BLP 2023 : Ini Cara Mohon Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia ~ Semak Sekarang!
  • Bantuan Tambahan RM700 Akan Diteruskan Bermula Januari Ini : Semak Sini Sekarang!
  • [URGENT] Menderita Jantung Berlubang, Adik Faiq Perlu Sumbangan Kilat RM100k Untuk Pembedahan Segera

Recent Comments

No comments to show.
Grind.
Roti Susu

Input your search keywords and press Enter.