Grind.

Archives

  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • January 2022

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Deals
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong
  • Keluarga
  • Kewangan
  • Melaka
  • Pendidikan
  • Resepi
  • Selangor
  • Tips & Tricks
  • Travel
Grind.
  • Isu Semasa

[URGENT] Menderita Jantung Berlubang, Adik Faiq Perlu Sumbangan Kilat RM100k Untuk Pembedahan Segera

  • January 17, 2023
  • zuheir
#image_title
Total
3
Shares
3
0
0
[elementor-template id=”2534″]

Menderita Jantung Berlubang, Adik Faiq Perlu Sumbangan RM100k Untuk Pembedahan Segera.

Baru berusia tiga bulan, Adik Faiq sudah diuji dengan satu dugaan yang sukar dibayangkan. Siapa sangka, tubuh badan anak kecil yang baru sahaja mahu mula mengenal dunia ini perlu menanggung ujian hidup yang amat berat apabila disahkan menghidapi penyakit jantung kongenital.

Dengan masalah kesihatan yang dihadapinya, hospital menjadi rumah kedua kepada Adik Afiq. Tiub-tiub dipasang melalui hidung dan mulutnya. Semua kerana semata-mata mahu memastikan Adik Afiq terus kuat dan mampu bertahan dengan ujian yang menimpa dirinya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul dan itulah situasi yang perlu dihadapi oleh kedua-dua ibu dan ayah Adik Afiq. Perasaan hiba dan sedih melihat cahaya mata menanggung penderitaan sendirian, adalah perasaan yang sangat sukar untuk dihadapi oleh mana-mana ibu bapa.

#image_title

Menurut doktor yang merawat Adik Faiq, terdapat lubang sebesar kira-kira tujuh hingga lapan milimeter (mm) pada jantungnya dan bahagian tetingkap aorta pulmonari jenis 1 perlu dibedah dengan segera.

Jika tidak, dua saluran darah utama bakal mengalami masalah sekaligus memburukkan masalah kegagalan jantung serta meningkatkan tekanan dalam paru-paru yang boleh dialami Adik Afiq.  Jika situasi tersebut berlaku, ia akan menyebabkan nyawa Adik Afiq berada dalam keadaan bahaya dan terancam.

Hari yang disangkakan cerah,  rupanya mendung yang berlarutan

Untuk makluman, Adik Faiq merupakan cahaya mata pertama kepada pasangan suami isteri, Namira dan Azim. Pasangan ini menyangka anak mereka tidak mengalami sebarang masalah kesihatan pada awalnya.

Namun, sangkaan mereka meleset apabila seorang rakannya, yang juga merupakan seorang doktor menyedari bayi mereka kelihatan seperti mengalami masalah pernafasan, tidak seperti bayi-bayi lain.

Dengan serta merta, pasangan ini terus bergegas ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan lanjut. Setelah laporan penuh perubatan dikeluarkan, mereka amat terkejut apabila mendapati bahawa cahaya mata mereka menghidapi penyakit jantung berlubang.

Bapa kepada bayi tersebut, Azim (28 ), merupakan pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat, manakala ibunya pula, Namira (27) merupakan seorang setiausaha akauntan.

#image_title

Walaupun kedua-dua berkerja, hasil pendapatan mereka masih tidak dapat menampung kos pembedahan yang disifatkan terlalu tinggi bagi mereka berdua.

Dengan keadaan perit di dada, mereka tetap tidak putus harapan. Orang tua Adik Faiq kemudian telah menghubungi Persatuan Kebajikan Da Ai untuk meminta bantuan dana bagi menampung kos pembedahannya

Berdasarkan amanah ibu bapa bayi, persatuan ini akan mengumpulkan dana sehingga mencecah RM100,000.

“Kami dengan ikhlas menyeru semua orang untuk menghulurkan bantuan dengan menyokong crowdfund untuk membantu Faiq melalui krisis ini.”

Bagi seiapa yang ingin menghulurkan sedikit sumbangan, anda boleh menghubungi Encik Calvin menerusi WhatApps atau menerusi e-melnya (calvinwong0287@gmail.com). Anda juga boleh menghubungi Calvin menerusi talian ini (+60 11-2611 0287).

Semoga kita dapat bersama-sama membantu meringankan beban yang terbungkam di dada pasangan suami isteri ini serta memberikan masa depan yang lebih cerah kepada Adik Faiq.

Sumber: Siakapkeli

Total
3
Shares
Share 3
Tweet 0
Pin it 0
zuheir

Related Topics
  • sumbangan
Previous Article
rezeki tidak berkat tazkirah ustaz ebit lew
  • Agama
  • Tips & Tricks

(VIDEO) Suami Yang Tipu & Sakitkan Hati Isteri, Allah Akan Tarik Berkat dalam Hidupnya – Ustaz Ebit Lew

  • January 7, 2023
  • zuheir
View Post
Next Article
  • Bantuan Kerajaan

Bantuan Tambahan RM700 Akan Diteruskan Bermula Januari Ini : Semak Sini Sekarang!

  • January 30, 2023
  • Zulhamizan Zuhairi
View Post
You May Also Like
View Post
  • Isu Semasa

[VIDEO] Viral Video Previu Perodua Axia Serba Baharu 2023 di Tiktok

  • zuheir
  • February 8, 2023
rotisusu-roti-susu-isu-semasa-Datuk Seri Macau Scam Lompat Pagar SPRM, Peguam Ini Bersuara-1
View Post
  • Isu Semasa

Datuk Seri Macau Scam Lompat Pagar SPRM, Peguam Ini Bersuara !

  • zuheir
  • November 18, 2022
rotisusu-rotisusucom-Isteri Dedahkan Apa Yang Dihantar Suami Kepadanya Beberapa Jam Sebelum Ditemui Maut
View Post
  • Isu Semasa

Isteri Dedahkan Apa Yang Dihantar Suami Kepadanya Beberapa Jam Sebelum Ditemui Maut

  • zuheir
  • November 18, 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • [VIDEO] Viral Video Previu Perodua Axia Serba Baharu 2023 di Tiktok
  • [TERBARU] Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Kini Bersasar! Berita Terbaik Untuk Semua Pencarum!
  • BLP 2023 : Ini Cara Mohon Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia ~ Semak Sekarang!
  • Bantuan Tambahan RM700 Akan Diteruskan Bermula Januari Ini : Semak Sini Sekarang!
  • [URGENT] Menderita Jantung Berlubang, Adik Faiq Perlu Sumbangan Kilat RM100k Untuk Pembedahan Segera

Recent Comments

No comments to show.
Grind.
Roti Susu

Input your search keywords and press Enter.