Connect with us

[URGENT] Menderita Jantung Berlubang, Adik Faiq Perlu Sumbangan Kilat RM100k Untuk Pembedahan Segera

Trending

[URGENT] Menderita Jantung Berlubang, Adik Faiq Perlu Sumbangan Kilat RM100k Untuk Pembedahan Segera

Menderita Jantung Berlubang, Adik Faiq Perlu Sumbangan RM100k Untuk Pembedahan Segera.

Baru berusia tiga bulan, Adik Faiq sudah diuji dengan satu dugaan yang sukar dibayangkan. Siapa sangka, tubuh badan anak kecil yang baru sahaja mahu mula mengenal dunia ini perlu menanggung ujian hidup yang amat berat apabila disahkan menghidapi penyakit jantung kongenital.

Dengan masalah kesihatan yang dihadapinya, hospital menjadi rumah kedua kepada Adik Afiq. Tiub-tiub dipasang melalui hidung dan mulutnya. Semua kerana semata-mata mahu memastikan Adik Afiq terus kuat dan mampu bertahan dengan ujian yang menimpa dirinya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul dan itulah situasi yang perlu dihadapi oleh kedua-dua ibu dan ayah Adik Afiq. Perasaan hiba dan sedih melihat cahaya mata menanggung penderitaan sendirian, adalah perasaan yang sangat sukar untuk dihadapi oleh mana-mana ibu bapa.

#image_title

Menurut doktor yang merawat Adik Faiq, terdapat lubang sebesar kira-kira tujuh hingga lapan milimeter (mm) pada jantungnya dan bahagian tetingkap aorta pulmonari jenis 1 perlu dibedah dengan segera.

Jika tidak, dua saluran darah utama bakal mengalami masalah sekaligus memburukkan masalah kegagalan jantung serta meningkatkan tekanan dalam paru-paru yang boleh dialami Adik Afiq.  Jika situasi tersebut berlaku, ia akan menyebabkan nyawa Adik Afiq berada dalam keadaan bahaya dan terancam.

Hari yang disangkakan cerah,  rupanya mendung yang berlarutan

Untuk makluman, Adik Faiq merupakan cahaya mata pertama kepada pasangan suami isteri, Namira dan Azim. Pasangan ini menyangka anak mereka tidak mengalami sebarang masalah kesihatan pada awalnya.

Namun, sangkaan mereka meleset apabila seorang rakannya, yang juga merupakan seorang doktor menyedari bayi mereka kelihatan seperti mengalami masalah pernafasan, tidak seperti bayi-bayi lain.

Dengan serta merta, pasangan ini terus bergegas ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan lanjut. Setelah laporan penuh perubatan dikeluarkan, mereka amat terkejut apabila mendapati bahawa cahaya mata mereka menghidapi penyakit jantung berlubang.

Bapa kepada bayi tersebut, Azim (28 ), merupakan pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat, manakala ibunya pula, Namira (27) merupakan seorang setiausaha akauntan.

#image_title

Walaupun kedua-dua berkerja, hasil pendapatan mereka masih tidak dapat menampung kos pembedahan yang disifatkan terlalu tinggi bagi mereka berdua.

Dengan keadaan perit di dada, mereka tetap tidak putus harapan. Orang tua Adik Faiq kemudian telah menghubungi Persatuan Kebajikan Da Ai untuk meminta bantuan dana bagi menampung kos pembedahannya

Berdasarkan amanah ibu bapa bayi, persatuan ini akan mengumpulkan dana sehingga mencecah RM100,000.

“Kami dengan ikhlas menyeru semua orang untuk menghulurkan bantuan dengan menyokong crowdfund untuk membantu Faiq melalui krisis ini.”

Bagi seiapa yang ingin menghulurkan sedikit sumbangan, anda boleh menghubungi Encik Calvin menerusi WhatApps atau menerusi e-melnya (calvinwong0287@gmail.com). Anda juga boleh menghubungi Calvin menerusi talian ini (+60 11-2611 0287).

Semoga kita dapat bersama-sama membantu meringankan beban yang terbungkam di dada pasangan suami isteri ini serta memberikan masa depan yang lebih cerah kepada Adik Faiq.

Sumber: Siakapkeli

Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Trending

To Top