The Best Fluffy Pancakes recipe you will fall in love with. Full of tips and tricks to help you make the best pancakes.

Datuk Seri Macau Scam Lompat Pagar SPRM, Peguam Ini Bersuara !

MALAYSIA: Beberapa hari lalu media telah melaporkan seorang saspek yang dikaitkan dengan aktiviti Mcau Scam dan penggubahan wang hram berjaya larikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
[elementor-template id=”2534″]

MALAYSIA: Beberapa hari lalu media telah melaporkan seorang saspek yang dikaitkan dengan aktiviti Mcau Scam dan penggubahan wang hram berjaya larikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)

Difahamkan saspek yang didakwa mempunyai gelaran Datuk Seri palsu terbabit sepatutnya turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kgiatan jvdi dalam talian.

Bagaimanapun, saspek bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Susulan berita yang tular di laman sosial itu, rata-rata warganet berasa hairan macam mana saspek boleh larikan diri.Malah beberapa pihak juga tampil mengulas isu tersebut, antaranya adalah peguam popular, Nor Zabetha.

Kalangan warganet mengenali Zabetha sebagai seorang peguam yang banyak berkongsi pengalaman mengendalikan kes membabitkan penipuan.

Malah Zabetha juga sering mengulas cerita-cerita tular seperti isu membabitkan Eira Aziera yang menghiina seorang wanita baru-baru ini.

rotisusu-roti-susu-isu-semasa-Datuk Seri Macau Scam Lompat Pagar SPRM, Peguam Ini Bersuara-2
#image_title

Cerita pasal pagar :

” Teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Saya masuk acara larian, lari berpagar.

” Cikgu kata “Hah! Kamu tinggi. Kita tak cukup peserta. Kamu masuklah acara lari berpagar ni”.

” Menjadi saya yang sentiasa okay ini, terus saya setuju walaupun kaki saya gagal melompat. Bila tiba acara, habis saya tibai semua sampai jatuh.

” Satu pun tak tinggal saya jatuhkan. Diketawakan pula oleh pelajar lain. Tapi saya habiskan.

” Cumanya kagum saya, ada yang lagi hebat berjaya panjat pagar pagar SPRM dan lolos.

” Saya rasa mereka bukan sahaja kaki scammer malah wakil rumah sukan dulu. Hehe! Itu yang champion bukan main.

” Kalau saya idaklah lepas. Pagar yang kecil rupa itu pun, saya gagal. Masa kecik dulu saiz halus dari sekarang pun tetap saya gagal melompat larian berpagar.

” Baru kita kita bersorak dan meraikan secara separa berkenaan isu kemenangan berjaya diberkasnya geng-geng penyamar Polis, LHDN, Kastam dll.

” Terlepas pula. Ada rasa ralat waktu baca berita tadi. Haih..” tulis Zabetha.

rotisusu-roti-susu-isu-semasa-Datuk Seri Macau Scam Lompat Pagar SPRM, Peguam Ini Bersuara-macau-scam-3
#image_title

Sementara itu menerusi ruangan komen pula, rata-rata warganet turut berasa hairan macam mana saspek boleh loloskan diri dengan memanjat pagar. Malah ada yang berkata pagar di belakang SPRM itu boleh tahan juga tingginya.

Hebat sunggut lah dia, serba boleh, menyamar boleh, lompat pagar pun boleh,” komen Zabetha sebagai membalas reaksi warganet yang pelik bagaimana saspek boleh panjat pagar walaupun berbadan besar.

Sementar itu, difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi saspek terdiri daripada dalang utama serta dua pegawai polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan jvdi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Sumber memaklumkan, polis sedang giat menjalankan usaha memburunya. – mysumber.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *