Connect with us

10 Tempat Menarik di Selangor untuk Keluarga anda

tempat menarik di selangor

Travel

10 Tempat Menarik di Selangor untuk Keluarga anda

Terdapat banyak tempat menarik di Selangor. Nak bercuti tetapi tiada idea ? tak payah susah-susah , Selangor ini sahaja terlalu banyak tempat menarik. Baca 10 tempat menarik di Selangor!

Terdapat banyak tempat menarik di Selangor. Nak bercuti tetapi tiada idea ? tak payah susah-susah , Selangor ini sahaja terlalu banyak tempat menarik seperti tarikan pelancongan di tepi pantai, di hutan rimba mahupun di kawasan bukit. Jangan terkejut, Selangor sebenarnya banyak tempat mandi-manda di air terjun menarik yang boleh diterokai pelancong dengan mudah tanpa perlu bersusah payah meredah hutan.

Tambahan pula, aktiviti menarik di Selangor ni sebenarnya lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak & orang muda . banyak sangat variasi yang pasti membuatkan anda rambang mata seperti destinasi di taman tema air, indoor games, aktiviti pengembaraan & banyak lagi.

Paling menarik, pilihan tempat menarik di Selangor untuk aktiviti ‘jalan-jalan cari makan’ juga boleh dikatakan negeri yang paling ‘tip top’ di Malaysia. Pendek cerita, apa jua makanan kenegerian popular dalam Malaysia, boleh anda cari dengan mudah di Selangor tanpa perlu bercuti ke negeri lain.

Untuk memudahkan percutian anda di Selangor, teruskan membaca destinasi & aktiviti menarik di Selangor yang popular seperti di bawah. Turut tersedia, informasi penting untuk pelancong seperti harga tiket, peta lokasi, waktu operasi & juga pillihan hotel yang terdekat.

10 Tempat Menarik di Selangor, Malaysia


1. Zoo Negara

zoo negara selangor

Bagi yang pertama kali bercuti ke Selangor bersama anak-anak, destinasi sebegini pasti membuatkan mereka gembira. Melihat pelbagai haiwan liar menarik yang dibawakan khas dari dalam & luar negara pasti akan menjadi satu pengalaman yang baru buat anak-anak anda. Pada masa yang sama, bolehlah menambah ilmu am anak-anak tentang haiwan-haiwan liar seperti penguin, panda, gajah, harimau atau zirafah yang sering diadaptasi menjadi watak animasi kartun popular di kaca tv. Penerokaan anda sekeluarga di Zoo Negara yang sangat luas ini memang lama & mungkin memakan masa sehingga 2-3 jam lamanya.

Umumnya, terdapat lebih 476 spesis haiwan yang boleh anda lihat di Zoo Negara yang merangkumi mamalia, burung-burung, amfibia, ikan & juga reptilia. Banyak haiwan yang biasa ditonton dalam National Geogrpahic boleh dilihat secara live di sini. Setiap sangkar haiwan disertakan juga dengan informasi bergambar untuk kemudahan pengunjung. Infografik sebegini, sangat memudahkan pengunjung untuk mengenali haiwan-haiwan di sini kerana majoritinya adalah spesis yang sangat eksotik.

Untuk kepuasan maksimum, pastikan anda sekeluarga tidak terlepas persembahan yang diadakan pada 11 am & 3 pm di Zoo Negara Show Amphitheatre. Melihat aksi-aksi singa laut melompat & gelagat burung kakak tua berinteraksi dengan manusia pasti menjadi satu pengalaman yang baru untuk mereka yang pertama kali berkunjung ke zoo. Pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung seperti parkir kereta yang luas, laluan akses kerusi ruda, tram & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-41083422 | Facebook | Instagram | Website

Alamat

  • Zoo Negara, Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi Zoo Negara:

  • Dibuka setiap hari;
    • 9 am – 5 pm

Waktu Animal Show Zoo Negara:

  • 11 am & 3 pm di Zoo Negara Show Amphitheatre.

Harga Tiket Zoo Negara

  • Warganegara Malaysia
    • Dewasa: RM 44/pax
    • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 16/ pax
    • Warga Emas (>64 tahun): RM 21/pax
  • Pelancong negara ASEAN
    • Dewasa: RM 63/pax
    • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 33/ pax
    • Warga Emas (>64 tahun): RM 63/pax
  • Pelancong negara lain
    • Dewasa: RM 85/pax
    • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 43/ pax
    • Warga Emas (>64 tahun): RM 85/pax
  • Tiket Konsensi Sekolah
    • Pelajar: RM 10/pax
    • Guru: RM 15/pax (dengan 10 pelajar)
  • Harga Tiket Zoo Negara untuk OKU
    • PERCUMA (sertakan kad OKU yang sah)

Diskaun 10% untuk Harga Tiket Zoo Negara: Sila bawa salah satu kad berikut ketika beli tiket di kaunter 6.

  • Aeon Member / Aeon Big
  • Touch n Go
  • Rapid KL
  • The Store Card

Tiket masuk Zoo Negara boleh juga dibeli secara online di KLOOK (Lebih Murah!)

Harga Parking Kereta di Zoo Negara:

  • RM 5.50 untuk 3 jam pertama
  • RM 1.00 sejam berikutnya

2. Sunway Lagoon Theme Park

sunway lagoon theme park selangor

Taman Tema Sunway Lagoon mempunyai pelbagai tarikan yang pasti membuatkan anak-anak anda tidak sabar-sabar untuk menerokai permainan & aktiviti menarik di sini. Samada kanak-kanak, remaja atau dewasa, variasi aktiviti menarik di sini sesuai untuk segenap usia. Umumnya, terdapat 6 tarikan utama di sini iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Scream Park, Lost Lagoon & Extreme Park. Sama ada aktiviti yang basah atau kering, 6 tarikan utama ini ada jawapan ideal untuk anda seisi keluarga.

Tarikan paling popular iaitu Water Park menjanjikan satu pengalaman di taman tema air yang pasti menggembirakan. Terdapat banyak gelongsor air yang mendebarkan & kolam air yang menarik untuk pengunjung. Yang wajib dicuba adalah Water Ride Vuvuzela iaitu gelongsor air yang dibina di atas menara 11 tingkat & dikatakan antara water ride yang tertinggi & terbesar di dunia. Bagi yang sukakan aktiviti yang memberikan ledakan adrenalin yang maksima, cubalah aktiviti menarik di Scream Park seperti Bungee Jump ataupun G-Force-X yang pasti membuatkan anda terpejam mata & menjerit sekuat hati.

Golongan yang berkeluarga & anak-anak kecil, jangan lepaskan untuk melihat binatang liar seperti singa putih, harimau & pelbagai spesis haiwan unik yang terletak di Wildlife Park. Paling seronok adalah menyaksikan animal show yang sangat berbeza persembahannya berbanding zoo lain di Malaysia. Satu tempat menarik di Selangor yang lengkap & sangat mengujakan untuk anda terokai pada hujung minggu & cuti sekolah. Yang pasti, tempoh satu hari semestinya tidak akan mencukupi untuk anda menerokai kesemua tarikan yang ada di Sunway Lagoon Theme Park ini. Jadi, pilihlah hotel berdekatan untuk memudahkan penerokaan anda sekeluarga seperti Sunway Resort Hotel ataupun Sunway Pyramid Hotel.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-56390000 | Facebook | Instagram | Website

Alamat

  • Sunway Lagoon Sdn Bhd (211311-A) 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi Sunway Lagoon Theme Park

  • Dibuka setiap hari;
    • 10 am – 6 pm

Waves of Fun;

  • Waktu: 4:00 pm (setiap hari)
  • Lokasi: Surf Beach

Surfing;

  • Waktu: 6:15 pm – 7:00 pm
  • Lokasi: Surf Pool

Wildlife Multi-animal Show Time;

  • Waktu: 3:00 pm – 3:30 pm
  • Lokasi: Wildlife Theatre

Harga Tiket Sunway Lagoon Theme Park

#1 Harga untuk Warganegara Malaysia (Pemegang MyKad/MyKid);

  • Dewasa (13 tahun & keatas);
    • RM 138
  • Kanak-Kanak (12 tahun & kebawah);
    • RM 113
  • Warga Emas (60 tahun & keatas);
    • RM 113

#2 Harga untuk Pelancong Asing;

  • Dewasa (13 tahun & keatas);
    • RM 303
  • Kanak-Kanak (12 tahun & kebawah);
    • RM 255
  • Warga Emas (60 tahun & keatas);
    • RM 255

Tiket masuk Sunway Lagoon boleh dibeli dekat kaunter masuk atau secara online di KLOOK (Lebih Murah!)

*harga diatas tidak termasuk aktiviti pay-per-ride seperti Bungee Jump, G-Force-X dan Go-Kart

*Kanak-kanak bawah 90 cm, masuk percuma


3. Secret Garden 1 Utama

secret garden 1 utama

Secret Garden di 1 Utama menerima gelaran seperti taman bumbung terbesar di Asia Tenggara dan menjadi salah satu taman bumbung terbesar di dunia. Jika anda datang ke sini pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, anda akan dibenarkan masuk dengan percuma. Memiliki 500 spesis tumbuhan eksotik dari serata dunia dengan keluasan bumbung 30,000 kaki persegi, Secret Garden ini menjadi tarikan hangat pada mereka yang datang membeli belah di sini.

Tumbuhan di sini sangat dijaga rapi menimbulkan suasana persekitaran yang cantik dan harmoni. Garden pergola, stringy cissus, giant colcasia, cascading waterfall, cactus bed, dan giant amazon water lily adalah contoh lokasi atau tumbuhan yang popular di sini. Menariknya, di sini juga sesuai untuk dijadikan lokasi anda berjanji temu dengan pasangan dek kerana pemandangan yang romantik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 03-7710 8118 | Facebook | Instagram | Website

Alamat

  • Upper Roof, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi Secret Garden 1 Utama

  • Sabtu -Ahad;
    • 10 am -10 pm

Harga Tiket Secret Garden 1 Utama

  • Percuma

4. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

masjid biru selangor tempat menarik di selangor

Masjid ini bukanlah destinasi yang asing di kalangan rakyat Malaysia kerana sering muncul di kaca tv. Sekiranya anda belum pernah menjejakkan kaki ke masjid ini, anda pasti akan terkejut melihat saiznya yang sangat besar & mempunyai menara yang sangat tinggi. Turut dikenali sebagai Masjid Shah Alam atau Blue Mosque of Malaysia, masjid ini merupakan masjid terbesar di Malaysia yang mampu menampung jemaah sehingga 24,000 orang pada satu satu masa. Kapasitinya adalah 8000 lebih banyak berbanding kapisiti di Masjid Negara di Kuala Lumpur.

Masjid Shah Alam ini sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam & luar negara kerana lokasi yang mudah untuk dilawati & mempunyai senibina yang sangat mengagumkan. Masjid yang mempunyai elemen senibina Melayu dan Islam ini dibuka secara rasmi pada tahun 1988. Di sekelilingnya, terdapat 4 menara yang menjangkau ketinggian 142.3 m & merupakan menara masjid yang kedua tertinggi di dunia selepas Masjid Hassan II di Morocco. Ianya sedikit lebih tinggi dari Menara Taming Sari di Melaka yang berketinggian 110 meter sahaja. Tinggi sekali bukan?

Kubah utamanya yang berwarna biru di Masjid Shah Alam merupakan kubah masjid yang terbesar di dunia. Sekiranya anda berdiri di dalam masjid ada waktu malam, anda boleh melihat lampu di bahagian tengah kubah yang sangat cantik menerangi bahagian dalaman kubah ini. Terdapat juga kemudahan-kemudahan seperti dewan seminar, dewan kuliah, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk upacara akad nikah. Menariknya, ruangan mengambil wudhu di sini sangat canggih yang pasti membuatkan anda rasa janggal. Bagi yang pertama kali makan angin di Shah Alam, sangat disyorkan untuk anda membawa anak-anak untuk solat di sini di samping melihat keunikan masjid kebanggaan rakyat Malaysia ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 603-55238006 | Facebook | Website

Alamat

  • Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi

  • Subuh – Isyak

Harga Tiket

  • Derma masuk tabung masjid digalakkan.

5. Avani Sepang Gold Coast Resort

tempat menarik di selangor avani sepang gold coast resort selangor

Adakah anda baru bergelar ‘raja sahari’ & ingin berbulan madu di Selangor? Apa kata anda buat kejutan untuk pasangan anda dengan bercuti di Pantai Bagan Lalang & menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort. Resort ini merupakan satu tempat penginapan menarik di Selangor yang sangat popular & tarikan utama di sini adalah villa mewahnya yang terletak di atas air. Dari udara, bentuk penginapan ini seperti pohon palma yang besar yang terletak di atas laut Selat Melaka.

Avani Sepang Gold Coast Resort menawarkan lebih 300 buah villa di atas air yang pelbagai saiz & pakej harga. Sama ada anda bercuti berdua atau berkumpulan, pilihan penginapan di sini pasti ada yang ideal dengan bajet anda. Menariknya, terdapat juga infinity pool yang terletak di atas laut yang boleh anda berenang sambil melihat keindahan suasana sekeliling. Pemandangan dari infinity pool ini tatkala matahari terbenam sangat menakjubkan sekali. Bagi kaki kamera, saat ini pasti anda tidak mahu lepaskan peluang untuk merakam panorama sunset yang sangat menarik dari kolam renang infinity ini.

Destinasi Avani Sepang Gold Coast Resort juga hanya bersebelahan dengan salah satu pantai menarik di Selangor yang popular iaitu Pantai Bagang Lalang. Pantai rekreasi yang lapang & landai ini sangat sesuai untuk anda datang riadah petang bersama keluarga & anak-anak. Kalau anda jemu dengan makanan di hotel, anda boleh makan malam di restoran atau medan ikan bakar berdekatan yang sangat terkenal dengan keenakan masakan berasaskan seafood yang segar & sesuai dengan selera majoriti rakyat Malaysia.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 603-31823600 | Facebook | Instagram | Website

Alamat

  • Avani Sepang Gold Coast Resort, No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang 43950 Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Waktu Operasi

  • Sepanjang tahun (destinasi penginapan)

Harga Tiket


6.  Pantai Morib

pantai morib selangor

Pantai Morib bukan sahaja terkenal dengan pantainya yang sentiasa jadi tempat riadah & santai petang, malah turut mempunyai beberapa resort & hotel menarik yang boleh dijadikan destinasi bermalam. Umumnya, Pantai Morib mempunyai kemudahan untuk pengunjung yang sangat lengkap seperti dataran, taman permainan kanak-kanak, gerai makan & sebagainya. Malah, terdapat juga menara tinjau di sini yang boleh anda naik untuk melihat keindahan Selat Melaka yang terbentang luas di depan mata.

Aktiviti di Pantai Morib juga lebih kepada santai-santai & riadah. Untuk aktiviti mandi manda, Pantai Morib bukanlah jawapan yang tepat. Setiap hujung minggu, ramai pengunjung yang datang ke sini untuk melihat suasana pantai memandangkan lokasinya antara yang terdekat dari KL & Selangor. Tidak kurang juga pelancong yang menginap di beberapa hotel popular yang berdekatan, akan berkunjung ke sini untuk bergambar & membawa anak bersiar-siar. Salah satu destinasi penginapan terdekat di Pantai Morib yang sangat sesuai untuk anda bermalam adalah di Gold Coast Morib Resort. Kalau nak tahu, resort ini mempunyai taman tema air yang menarik untuk seisi keluarga.

Taman tema air di Gold Coast Morib Resort tidaklah sehebat di Sunway Lagoon Theme Park, tetapi sudah memadai untuk aktiviti anak-anak bermain gelongsor air & berenang di dalam kolam. Yang lebih menarik, lokasinya hanya di tepi pantai & bolehlah santai-santai petang melihat sunset pada waktu senja bersama pasangan. Kalau anda orang KL & Selangor, lokasi resort ini adalah antara yang paling dekat untuk anda cari resort yang ada water park & juga terletak di tepi pantai. Alang-alang menginap di sini, jangan lupa untuk makan malam di medan ikan bakar sekitar Pantai Bagan Lalang yang hanya 30-40 minit memandu dari Gold Coast Morib Resort.

Baca lagi: Pantai Morib

Alamat

  • Pantai Morib, Morib 42700 Banting, Selangor

Waktu Operasi

  • 24 jam (pantai rekreasi awam)

Harga Tiket

  • Percuma (pantai rekreasi awam)

7.  Sky Mirror Kuala Selangor

sky mirror kuala selangor

Satu tarikan pelancongan di Kuala Selangor yang sangat unik & mugkin hanya satu seumpamanya di Malaysia. Bagi anda yang mencari tempat menarik di Selangor yang unik untuk diterokai, apa kata ke Sky Mirror. Sky Mirror atau Pantai Cermin ini yang merupakan sebuah kawasan pembentukan beting pasir yang terletak di tengah-tengah lautan samudera. Malah untuk ke sini, anda perlu menaiki bot di jeti berdekatan muara Sungai Selangor. Perjalanan dari jeti ke Sky Mirror mengambil masa 25-40 minit.

Sekiranya anda berhasrat ke sini, anda perlu membuat perancangan awal kerana jadual perjalanan bot dari jeti sentiasa berubah pada setiap hari. Ini kerana, ianya bergantung sepenuhnya kepada waktu pasang surut air. Waktu air pasang, Sky Mirror ini akan tenggelam & tidak selamat untuk dilawati. Kalau pengemudi bot tiada, anda sebenarnya tidak akan tahu di mana lokasi misteri Sky Mirror yang sebenar kerana lautan biru yang luas adalah mustahil untuk anda melihat beting pasir dengan jelas.

Satu pengalaman yang pasti anda tidak akan lupa apabila pertama kali menjejakkan kaki di sini. Bayangkan, berjalan di atas air di tengah lautan samudera yang luas ibarat mempunyai satu kuasa sakti adiwira seperti di dalam komik. Anda boleh bergambar & menghasilkan satu foto menarik di sini yang berkonsep seni Salar de Uyuni. Tour guide akan menunjukkan lokasi di Sky Mirror yang menarik untuk anda menghasilkan gambar yang menarik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6016-2234788 | Website

Alamat

  • 15, 3, Jalan Yu 1, Taman Yu, 45800 Jeram, Selangor

Waktu Operasi Sky Mirror Kuala Selangor

  • Jadual perjalanan bot bergantung kepada pasang surut air laut. Sila semak di website.

Harga Tiket Sky Mirror Kuala Selangor

  • Warganegara Malaysia
    • Dewasa: RM 80
    • Kanak-Kanak: RM 70
    • Warga Emas: RM 70
  • Pelancong Asing
    • Dewasa: RM 80
    • Kanak-Kanak: RM 70
    • Warga Emas: RM 70

8.  Hutan Rekreasi Sungai Congkak

hutan rekreasi sungai congkak selangor

Selangor bukan sahaja mempunyai banyak tempat menarik yang moden, malah turut mempunyai tempat menarik yang lebih untuk mendekatkan diri kepada alam semulajadi. Salah satu tempat mandi manda di Selangor yang sangat disyorkan untuk golongan berkeluarga adalah di Hutan Rekreasi Sungai Congkak yang terletak di Hulu Langat. Destinasi ini sangat mudah untuk anda terokai melalui jalan raya & perjalanan menuju ke kawasan sungai dari tempat parkir kereta juga sangat mudah tanpa perlu berjalan jauh.

Malah, kawasan ini sebenarnya terletak di dalam sebuah perkampungan Melayu & anda boleh lihat banyak rumah-rumah orang kampung di sini. Jadi, tidaklah terasa takut sangat kalau datang ke sini berdua atau bersama anak-anak. Tidak hairanlah setiap hujung minggu, ramai pengunjung yang datang ke sini bersama keluarga untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah di kawasan Sungai Congkak.

Sungai Congkak tidaklah terlalu besar & arus air sungainya juga tidak deras. Kawasannya yang cetek sesuai untuk anak-anak anda bersuka ria & mandi manda tanpa perlu risau dengan keadaan arus sungai yang laju. Airnya yang jernih & sejuk pasti membuatkan sesiapa sahaja ingin berendam sambil menikmati keindahan alam di sini. Lebih menarik, di sepanjang Sungai Congkak juga sangat redup kerana terdapat rimbunan pokok-pokok besar yang menaungi kawasan mandi manda & tempat berkelah. Walaupun waktu tengah hari, tidak terasa bahang matahari yang terik menyinar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Alamat

  • Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi Sky Mirror Kuala Selangor

  • Tidak dikhususkan. Sesuai untuk dilawati dari pagi-petang.

Harga Tiket

  • RM 1 / seorang
  • Parkir kereta: RM 5

9.  Bukit Broga & Gunung Tok Wan

bukit gunung selangor

Bukit Broga merupakan tempat hiking di Selangor yang sangat popular & sesuai untuk semua golongan kerana tahap cabaran yang tidaklah ekstrem seperti mendaki gunung-gunung yang lain. Bukit Broga sering menjadi destinasi lawatan hujung minggu untuk warga setempat mendaki sambil menikmati keindahan alam. Denai hutan yang ada untuk sampai ke puncak juga tidak susah, sangat mudah & mungkin ambil masa sekitar 40 minit – 1 jam bergantung kepada tahap kecergasan masing-masing. Kalau anda ingin melihat panorama matahari terbit yang cantik, bolehlah mendaki di sini seawal 4 pagi.

Di kalangan penduduk setempat, ada yang memanggil Bukit Broga ini sebagai Bukit Lalang. Ini kerana di beberapa kawasan di Bukit Broga ini mempunyai kawasan lalang yang sangat banyak. Laluan menuju ke puncak juga boleh dikatakan yang paling mudah berbanding destinasi pendakian di Selangor yang lain. Tidak hairanlah setiap hujung minggu, ramai golongan berkeluarga mendaki di sini bersama anak-anak & tidak kurang juga kaki fotografi yang ingin merakam gambar landskap suasana matahari terbit pada waktu pagi.

Ketika menuju ke puncak, kebanyakan kawasan sekeliling juga agak terbuka tanpa rimbunan pokok-pokok yang tinggi. Maka, menjelang pukul 8.30 am & keatas, anda sudah boleh rasa panas terik cahaya matahari. Kalau pendakian anda bermula lewat, bawalah payung, topi & air minuman secukupnya. Bagi yang inginkan lebih cabaran, anda boleh meneruskan pendakian ke puncak yang lebih tinggi dengan menuju ke puncak Gunung Tok Wan yang berketinggian 675 m dari aras laut. Dari puncak Bukit Broga menuju ke Gunung Tok Wan mengambil masa sekitar 1-2 jam.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

Alamat

  • Bukit Broga, Jln Broga, 43500 Semenyih, Selangor

Waktu Operasi Sky Mirror Kuala Selangor

  • Tidak dikhususkan. Pagi-Petang.

Harga Tiket

  • RM 1 / seorang


10. Kolam Air Panas Selayang

tempat menarik kolam air panas selayang

Seronok bukan bercuti di Selangor? Terdapat banyak pilihan tempat mandi manda & kolam air panas semulajadi yang boleh diakses dengan mudah tanpa perlu memandu jauh ke kawasan pedalaman. Destinasi ini merupakan sebuah hot spring yang sangat terkenal di Selayang & juga orang KL. Lokasinya hanya sekitar 25 km sahaja dari KL melalui Jalan Kuching & tidak jauh dari beberapa tempat berkelah di Selangor yang popular seperti Air Terjun Kanching & Taman Rimba Templer.

Kolam Air Panas Selayang mempunyai 3 kolam air panas yang besar & 1 kolam air panas yang kecil bersaiz telaga air. Konsep aktiviti di sini lebih kepada terbuka di mana anda boleh berendam di dalam kolam ini bersama pengunjung lain atau menggunakan baldi & gayung. Setiap kolam mempunyai suhu yang berbeza & bahkan ada sehingga ke 100 darjah celsius. Destinasi ini sering menjadi kunjungan warga setempat yang berusia untuk menyegarkan diri & sebagai terapi semulajadi yang dipercayai baik untuk kesihatan kulit serta awet muda.

Tidak hairanlah, biarpun jam 10 malam, masih ramai pengunjung yang bertandang dengan keluarga untuk berendam & menikmati kehangatan air panas di sini. Anda jangan terkejut pula apabila melihat bilangan pengunjung yang semakin bertambah walaupun waktu hari hujan. Ini kerana, walaupun hari hujan, suhu kolam air panas di sini tetap panas. Bahkan, berendam dalam kolam air panas waktu hujan yang sejuk sebenarnya lebih menyeronokkan. Sekiranya anda ingin mencari aktiviti menarik waktu malam di Selangor yang percuma & lebih santai, Kolam Air Panas Selayang sangat disyorkan untuk anda lawati.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Alamat

  • Selayang Hotspring Pool, Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi Sky Mirror Kuala Selangor

  • Awal pagi – lewat malam

Harga Tiket

  • Percuma

Semoga percutian anda di mana-mana destinasi pelancongan di Selangor bakal menjadi satu kenangan yang terindah bersama keluarga. Ceriakan diri bersama yang tersayang & luangkan masa berkualiti bersama keluarga atau rakan-rakan pada waktu cuti sekolah atau di hujung minggu. Selamat cuti cuti Malaysia di Selangor.

Baca juga artikel ini : 3 Restoren Kedai Makan Thai TomYam di Petaling Jaya, Selangor

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Travel

To Top