The Best Fluffy Pancakes recipe you will fall in love with. Full of tips and tricks to help you make the best pancakes.

10 Tempat Menarik Di Melaka 2022

Jika anda ingin tahu dimana sebenarnya destinasi tumpuan di negeri bersejarah ini, kami telah menyusun beberapa tempat menarik di Melaka agar anda mendapat inspirasi masa merancang percutian ke Melaka nanti.

Jika anda ingin tahu dimana sebenarnya destinasi tumpuan di negeri bersejarah ini, kami telah menyusun beberapa tempat menarik di Melaka agar anda mendapat inspirasi masa merancang percutian ke Melaka nanti.

Kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.

10 Tempat Menarik Di Melaka 2022


1. Jonker Walk

tempat menarik di melaka ialah jonker walk
Sumber: arul_iam

Jonker Walk ini destinasi wajib dilawati semasa melancong ke Melaka nanti. Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka.

Jika anda malas hendak bejalan anda boleh menaiki beca yang dihias penuh dengan lampu. Jika anda mencari kedai yang menjual cenderamata anda pasti menjumpainya di sini.

Alamat: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka


2. Melaka 3D Street Art

Sumber: @v_life_odyssey, @fauziahahamadpogie, @aliyahshakila_, @emztravelgemz

Kepada peminat seni ataupun OOTD, anda wajib ke Street Art in Malacca yang berdekatan dengan Jalan Hang Tuah. Bermula dengan River Art Project pada tahun 2012, Sebahagian lot-lot kedai di tepi Sungai Melaka kini dihiasi dengan hasil seni mural yang unik menggambarkan warisan budaya di Melaka dan kontemporari.

Antara mural terkenal ialah The Orangutan House, Kiehl’s Mural, The Well dan banyak lagi. Selain dari keindahan mural yang kreatif, anda juga boleh ‘masuk’ bergambar dengan lukisan mural tersebut.

Lukisan yang dihasilkan memang terbaik kerana ia seolah-olah timbul dan hidup. Kebanyakan mural yang dihasilkan menggambarkan budaya Malaysia terutama potret gadis Melayu, Baba & Nyonya, lelaki tua yang sedang bekerja serta fauna seperti seekor kancil.

Tidak hanya di jalan Hang Jebat, mural kreatif ini juga terdapat di Jalan Hang Kasturi malah sepanjang sungai Melaka, warna-warni mural ini kelihatan jelas. Untuk berkunjung ke sini, tiada bayaran yang dikenakan. Tapi, pastikan telefon dan kamera anda mempunyai memori yang besar dan bateri dicas penuh untuk simpan kenangan indah ini.

Alamat: Jalan Tukang Besi, 75200 Melaka


3. Zoo Melaka

tempat menarik di melaka ialah zoo melaka
Sumber : maisinggah.com

Kalau anda merancang aktiviti untuk seisi keluarga anda dapat meluangkan masa bersama keluarga di Zoo Melaka. Zoo Melaka merupakan Zoo kedua terbesar di Malaysia dan menjadi rumah kepada 215 spesis haiwan yang berbeza.

Antara haiwan yang boleh ditemui di Zoo Melaka ini adalah Badak Sumatera yang hampir pupus dan Gajah Kecil Asia yang kewujudanya di muka bumi ini juga terancam.

Alamat: Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka


4. Taman Botanikal Melaka

Sumber: Yi Rong Lim

Tidak jauh dari Skytrek Melaka adalah sebuah tarikan yang tak patut anda lepaskan peluang untuk singgah, lokasinya adalah di Taman Botanikal Melaka. Taman botani yang pada asalnya adalah Hutan Rekreasi Ayer Keroh ini memiliki keluasan sehingga 92.5 hektar, padat dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga.

Suka berjogging? Ini adalah antara port berjogging yang paling best pernah anda temui, suasananya sungguh mendamaikan jiwa, dengan pokok-pokok yang mekar di sepanjang perjalanan, udara di sekitar taman ini juga cukup menyegarkan. Nak makan angin di sekitar taman botani dengan cara yang lebih santai? Sewa sahaja buggy elektrik yang disediakan.

Sebenarnya, taman ini bukanlah sekadar taman dengan pokok-pokok dan bunga-bungaan yang berwarna-warni, ada banyak lagi tarikan lain seperti Kampung Buku, Muzium Hutan, Taman Dinasour yang menempatkan 15 replika dinasour dan juga jambatan gantung.

Selain melawat tarikan-tarikan yang ada, anda juga boleh merancang untuk melakukan banyak lagi aktiviti lain seperti berkayak, berkelah, berkhemah atau merentas hutan. Untuk aktiviti berkhemah atau merentas hutan anda perlu mendapatkan lebih maklumat daripada pihak Jabatan Perhutanan Melaka terlebih dahulu.

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka


5. Magic Art 3D Museum

Sumber: Magic Art 3D Museum

Tempat menarik ini hanyalah bersebelahan dengan Bayou Lagoon, Magic Art 3D Museum adalah tempatnya untuk anda sekeluarga bergambar sepuas hati sampailah padat memori dalam kamera. Mana tidaknya, muzium 3D  ini rupa-rupanya adalah yang kedua terbesar di Malaysia selepas muzium 3D di Langkawi. Berkeluasan sehingga 7,000 kaki persegi dan terletak di dalam bangunan 2 tingkat, sungguh banyak lukisan 3D yang boleh anda gunakan untuk beraksi di depan/atasnya bagi menghasilkan gambar yang tak masuk akal tapi nampak real!

Untuk pengetahuan anda, di dalam Magic Art 3D Museum ini terdapat 8 tema 3D yang berbeza. Antara tema yang ada adalah kuil purba, bandaraya Melaka, lautan, hutan dan banyak lagi. Setiap tema ini lengkap dengan iringin muzik yang bersesuaian untuk menaikkan lagi ‘mood’ atau membuatkan anda lebih tenggelam dalam dunia 3D ni. Memang cool habis!

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Rabu (10.00 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah, Cuti Umum (9.00 am – 9.00 pm) | Rabu Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum (Tutup)

Alamat: G13, G15 & G16, Bayou Square, Jalan Wakaf Utama,, 75450 Bukit Katil, Melaka


6.Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Kompleks Falak Al-Khawarizmi adalah sebuah kompleks ilmu falak dan astronomi di bawah senggaraan Kerajaan Negeri Melaka yang berlokasi di Tanjung Bidara.  Kompleks ini menempatkan Planetarium, Balai Cerap serta pusat latihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, auditorium, bilik kuliah dan makmal komputer.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para pelawat yang ingin mendalami dunia astronomi, seperti tayangan dokumentari sains dalam bentuk planetarium serta 3D, cerapan langit malam, cerapan hilal, dan lawatan ke pelbagai zon pameran berbeza.

Zon pameran yang terdapat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi adalah terbahagi kepada zon sistem suria, zon tamadun Islam, zon penerokaan angkasa lepas dan zon langit malam. Anda sekeluarga juga boleh mencuba permainan interaktif yang disediakan. Sebelum pulang, jangan lupa untuk singgah ke kiosk falak terlebih dahulu.

Alamat: Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, 78300 Alor Gajah, Melaka


7. Pantai Pengkalan Balak

Sumber: mpag.gov.my, Reaz Rahman, Diane Leong, Muhammad Thohir

Nikmati suasana penuh harmoni perkampungan nelayan yang sebenar di Pantai Pengkalan Balak, pantai yang merupakan sambungan kepada Pantai Tanjung Bidara yang juga tak kurang indahnya.

Sebagai sebuah perkampungan nelayan, antara dapat menyaksikan pemandangan nelayan menangkap ikan dan ketibaan para nelayan ke persisiran pantai. Semasa berada di sini, anda boleh singgah ke banyak gerai-gerai yang bukan sahaja menjual makanan tapi juga pakaian dan permainan kanak-kanak. Teringin merasa kepuasan memancing? Inilah salah satu aktiviti yang turut boleh dilakukan.

Tak puas menikmati semua ini dalam masa sehari? Anda boleh memilih untuk menginap mana-mana chalet atau hotel bajet yang berdiri banyak di sekitar Pantai Pengkalan Balak ini.

Alamat: Jalan Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka 78300


8. Masjid Tengkera

Sumber: Masjid Tengkera

Dibina pada tahun 1728 menjadikan usianya mencecah hampir 300 tahun, Masjid Tengkera pada asalnya pernah menjadi masjid negeri Melaka sebelum terbinanya Masjid Al Azim di Bukit Palah pada tahun 1990. Namun begitu, kedudukan Masjid Tengkera ini sebenarnya telah diubah daripada kedudukan asalnya antara tahun 1750 ke 1780.

Untuk pengetahuan anda, nama yang diberikan kepada masjid ini, “Masjid Tengkera,” sebenarnya adalah berasal daripada perkataan Portugis “tranquera” yang bermaksud “kubu” atau “pagar” sebagai tanda bahawa ia adalah salah satu laluan masuk ke kota Melaka lama.

Asalnya, masjid ini telah dibina dengan menggunakan kayu balak yang dibeli dari Kalimantan. Binaan masjid ini telah diperbaharui antara tahun 1821 ke 1850 dan dibaik pulih dua kali iaitu pada tahun 1890 dan 1910. Seni bina yang dapat dilihat pada masjid ini dikatakan memiliki pengaruh daripada Masjid Demak yang terletak di Jawa, Indonesia serta pengaruh gaya seni bina Melayu, Cina dan Sumatera.

Kaya dengan sejarahnya yang tersendiri, sungguh menarik untuk dilihat di depan mata peninggalan yang telah mencecah usia ratusan tahun ini.

Alamat: Masjid Tengkera, Jalan Tengkera, Melaka


9. Air Terjun Asahan

Sumber: Skmagic – jik’soo

Setelah puas makan angin di sana-sini, sudah tiba masanya untuk menyegarkan badan dengan air sungai yang mengalir jernih, salah satu lokasinya adalah di Air Terjun Asahan yang terletak di Pekan Asahan, Melaka.

Yang menariknya tentang air terjun ini adalah kerana persekitarannya yang cukup bersih. Kalau datang sini nanti, pastikan anda memelihara kebersihannya juga ya?

Selain bermandi-manda, banyak lagi aktiviti best lain yang boleh dirancang untuk dilakukan seperti merentas hutan, mendaki sehingga ke puncak Gunung Ledang atau berkhemah untuk menikmati keindahan flora dan fauna dengan sepuas hati.

Alamat: Jalan Kolam Air, Pekan Asahan, Melaka, 77100


10. Melaka Thousand Tales Of Adventures – The Adventures Of Sinbad

Sumber: Melaka Thousand Tales Of Adventure

Hanyalah 10 minit pemanduan dari A’ Famosa dan Christchurch Melaka adalah tarikan wajib singgah di negeri ini iaitu Melaka Thousand Tales Of Adventures – The Adventures Of Sinbad untuk pengalaman yang tak mungkin dapat dirasai di tempat lain.

Di sini anda sekeluarga perlu melalui pelbagai cabaran untuk menyelamatkan diri daripada penjahat yang digelar Shaman menerusi teknologi interaktif 7D sepanjang pelayaran di “Seven Seas.”

Alamat: No. G-30, 1-30, 2-30, 3-30, Jalan PM 9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka


Berakhir sudah senarai tempat menarik di Melaka dan saya harap ia dapat membantu anda semasa berada disana nanti.

Saya harap senarai tempat menarik di Melaka yang tertulis diatas dapat membantu anda membuat pilihan terbaik semasa bercuti nanti. Apa-apa pun yang anda pilih saya harap anda selamat bercuti ke Melaka dan jangan lupa pulang membawa kenangan manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *