Connect with us

10 Tempat Makan Sedap & Popular di Selangor, Jom Cuba!

Foodie

10 Tempat Makan Sedap & Popular di Selangor, Jom Cuba!

Sekiranya anda bercadang utk makan angin di Selangor bersama keluarga, bolehlah rujuk senarai 10 tempat kedai makan sedap di Selangor di bawah ini yang boleh anda kunjungi utk menjamu selera.

Beruntung sesiapa yang tinggal di Selangor kerana mempunyai banyak destinasi kedai makan sedap untuk anda cuba. Boleh dikatakan pilihan restoran,warung, cafe & menu makanan yang ada di Selangor sama banyak dengan pilihan restoran menarik di Negeri lain.

Sekiranya anda bercadang untuk makan angin di Selangor bersama keluarga, bolehlah rujuk senarai 10 tempat makan best di Selangor di bawah ini yang boleh anda kunjungi untuk menjamu selera.

Apa jua selera makan anda sama ada makanan tempatan negeri di Malaysia, makanan hipster , cina halal & selera kampung, senarai di bawah pasti ada jawapannya.

10 Tempat Makan Sedap & Popular di Selangor


1. Restaurants Jibril Bangi, Bandar Baru Bangi

restoren sedap makan
Kredit caridestinasi.com

Berita baik untuk penduduk Bangi, restoran Jibril telahpun melebarkan cawangannya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi berkuatkuasa April 2022. Sekiranya anda ke Bangi, anda WAJIB singgah makan di restoran berkonsepkan ‘speakeasy’ atau tersembunyi tanpa pintu, Jibril Bangi.

Restoran ini, yang mula bertapak di SS15, Subang Jaya, sememangnya terkenal dan tidak asing dalam menyediakan pelbagai jenis makanan khususnya “butter-based foods”. Dengan hanya menggunakan bahan mentah yang segar, jangan lepaskan peluang untuk merasa semua pilihan yang disediakan antaranya, Salted Egg Butter Chicken, Squid, Prawn, Clams mahupun Lobster.

Pilihan hidangan minuman mocktails Jibril Bangi juga unik kerana direka khas oleh pemiliknya sendiri seperti Newton, Potter, Specter dan Onde-onde. Menarik!

Walaupun suasana di kedai ini mempunyai aura yang romatis, ianya tetap sesuai untuk kunjungan bersama keluarga mahupun teman yang tercinta. Anda juga boleh singgah ke cawangan lain di SS15, Subang Jaya atau Publika Shopping Gallery. Yang pasti, kedai ini dimiliki oleh Melayu Muslim dan sesuai bagi pelanggan Muslim.

Peta Lokasi | 010-260 4145 | Facebook | Website

Alamat

  • 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi

  • 11.00 am – 10.00 pm

2.  Nasi Pecal Lele Padang Jawa / Ayam Penyet Padang Jawa, Shah Alam

makan sedap shah alam
Kredit caridestinasi.com

Juga terletak di Padang Jawa, Shah Alam destinasi ini merupakan satu lagi tempat makan best di Shah Alam untuk mereka yang ingin makan tengahari dengan menu masakan ala-ala orang Jawa seperti bakso bebola daging, nasi ayam penyet, nasi keli penyet & sebagainya. Dengan harga makanan yang ada di sini yang sangat mampu milik untuk pelajar, maka tidak hairanlah pada waktu tengahari memang penuh kedai makan ni sampai nak cari tempat duduk pun susah. Jadi sebaiknya datang sebelum waktu lunch hour untuk elakkan kesesakan. Datang ke sini pengunjung perlu order di kaunter seperti di restoran fast food, dah siap order set makan & bayar, cari tempat duduk dan pelayan akan hantar dalam beberapa minit

Peta Lokasi | Jarak | 6019-206 8920

Alamat

  • Lot 617, Kampung Padang Jawa, 41300 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi :

  • 10.00 am- 10.00 pm

3. Tamarind Spring

kedai makan tamarind spring ampang
Kredit caridestinasi.com

Di Tamarind spring yang terletak di Ampang jua merupakan salah satu restoran dimana anda boleh mendapatkan makanan Indocina yang terbaik dengan suasana yang tenang dan menyegarkan mata. Rostoran ini telah beroperasi selama lebih dari satu dekad di Kuala Lumpur. Makanan yang disajikan memang menggunakan resepi dan chef yang pakar dalam masakan Indocina ni. Ketua chef mereka berasal daripada Chiang Mai, Thailand, oleh itu, tidak hairan kenapa rasanya memang asli. Antara makanan yang boleh didapati di sini ialah cendol durian, sambal udang, dan macam-macam lagi.

Tempat ini memang sangat istimewa kerana suasananya yang cukup mewah dan menarik perhatian. Anda yang ke sini pasti berasa seperti anda sedang makan di villa mewah. Reka bentuk restoran ini memang cantik sangat. Terdapat kolam renang, taman dan laluan masuk yang sangat menawan. Anda jika nak kesini sila tempah di laman web mereka ataupun telefon nombor di bawah. Untuk tempahan makan malam romantis juga boleh dibuat.

Alamat: Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Khamis: 6.00pm – 10.00pm, Jumaat: 6.00pm – 11.00pm, Sabtu & Ahad: 12.00pm – 3.00pm; 6.00pm – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Bisnes | Phone: 0342569300


4. Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi

Kredit caridestinasi.com

Kalau anda pernah mencuba & suka akan ikan bakar petai di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, Kuantan maka secara tak langsung anda mesti suka menu-menu ikan bakar di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bangi. Walaupun lokasi 2 restoran ini jauh tetapi konsepnya memang sama & menu makanan ikan bakar yang segar dengan pelbagai jenis masakan Thai & berbakar pasti menjadikan restoran ini satu destinasi yang ideal untuk anda makan malam sedap dengan keluarga.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-2177668 | Facebook | Website

Alamat

  • Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi

  • Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am


5. Kotak+

Kredit caridestinasi.com

Jadikan hari anda lebih baik dengan mencuba pelbagai hidangan makanan yang istimewa di kedai makan Kotak+. Makanan di sini mempunyai konsep yang baru iaitu mereka menggabungkan pelbagai makanan moden Indonesia dengan makanan segera. Semestinya ia tidak boleh didapati di kedai makan yang lain. Makanan di sini dimasak dengan menggunakan sos dan rempah yang unik. Ia juga menghasilkan rasa yang luar biasa dan makanannya ditawarkan dengan tawaran harga yang hebat.

Antara menu yang menjadi kegilaan ramai apabila makan di sini ialah ayam geprek. Makanan yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia ini telah mendapat banyak pujiaan daripada blogger makanan yang terkenal. Pelbagai lagi menu makanan Indonesia yang menarik di sini, yang boleh memenuhi keinginan anda. Tidak perlu keluar rumah jika anda ingin mendapatkan makanan daripada Kotak+ kerana anda boleh sahaja membuat pesanan secara atas talian di laman web mereka.

Alamat: 10, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 9.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:  03-5611 7778


6.  Tempat Makan Warung Cikgu

tempat makan warung cikgu
Kredit caridestinasi.com

Kedai makan ini memang sentiasa penuh terutama sekali pada waktu puncak iaitu waktu makan tengahari. Menyajikan masakan Melayu dengan rasa asli dan harga yang murah. Makanan yang terkenal di Warung Cikgu ialah Nasi Kukus. Tetapi, anda harus bersabar kerana barisan beratur untuk memesan Nasi Kukus memang panjang.

Selain Nasi Kukus, Warung Cikgu juga ada menjual hidangan lain seperti Nasi Kak Wok dan Nasi Memanggey. Agak susah nak sebut Nasi Memanggey tu tapi rasanya memang tak mengecewakan. Pelanggan sentiasa memberi makluman positif untuk 3 menu utama ini. Siap ada yang bungkus untuk makan pada waktu malam pula.

Alamat: 1, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8 A.M – 10 P.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0169736579


7.  Nasi Kukus Sotong Besar, Klang

nasi kukus sotong besar halal
Kredit caridestinasi.com

Sekiranya anda merupakan penggemar lauk sotong, anda wajib untuk berkunjung ke kedai makan Nasi Kukus Sotong Besar yang berlokasi di Klang ini kerana hidangan sotong besar di kedai ini merupakan antara hidangan yang terbaik. Bukan lauk sotong sahaja yang boleh didapati di sini tetapi terdapat hidangan lain lagi seperti daging panggang, sup daging, nasi kerabu dan banyak lagi. Harga yang ditetapkan untuk hidangan yang ditawarkan juga memang sangat berpatutan.

Yang hebatnya tentang kedai makan ini ialah mereka pernah masuk ke beberapa rancangan TV3 seperti Wanita Hari Ini dan Jalan-Jalan Cari Makan. Sekiranya anda tinggal di kawasan Klang atau Shah Alam tetapi tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke kedai ini, anda boleh membuat pesanan secara atas talian sahaja iaitu di laman web mereka. Bagi senarai makanan dan harga juga boleh didapati di laman web kedai ini. Makanan yang dipesan akan selamat tiba di tangan anda kerana ia akan dihantar sendiri oleh pekerja mereka.

Alamat: No.1 Tingkat Bawah, Jalan Harmoni 1B/KU3, Kampung Batu Belah, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 11.30am – 10.30pm, Selasa tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook Ulasan Pelanggan | Phone: 03-3358 4590


8.  Kedai Makan Restoran Sri Sekinchan

restoren masakan seafood
Kredit caridestinasi.com

Mencari kedai makan yang berkonsepkan ‘family style restaurant’ dengan harga berpatutan? Jemput datang ke Restoran Sri Sekinchan. Di sini mereka menyediakan menu dari sarapan pagi, makan tengahari sehingga makan malam. Restoran Sri Sekinchan memiliki menu sarapan ala-ala kampung yang menarik dan pelbagai. Antara yang terlaris adalah lempeng dan roti canai mereka.

Masakan laut juga sebenarnya menjadi pilihan utama di sini. Masakan menggunakan ikan, udang, sotong, ketam, pepahat dan lala retak seribu adalah contoh haiwan laut yang boleh anda cuba di sini. Jenis masakan laut yang boleh dapati di sini seperti masak tiga rasa, goreng tepung, masakan pedas, stim limau, sweet sour dan buttermilk.

Masyarkat tempatan di kawasan ini menguar-uarkan bahawa menu popular di sini adalah kari kambing. Oleh itu ramai pelancong mahupun penduduk sekitar yang singgah untuk merasainya. Jika anda tidak berpeluang ke sini, anda boleh melakukan tempahan melalui WhatsApp atau hubungi nombor tertera.

Alamat: 15, Jln Mawar, Taman Sekinchan Jaya, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-4449278


9. Restoran D’Limau Nipis Bangi

restoren makan sedap bangi
Kredit caridestinasi.com

Haa Hilltop Cuisine di Kota Warisan, Sepang memang patut diletakkan dalam bucket list anda kerana pengalaman makan di sini memang lain dari lain. Anda akan menikmati juadah yang sedap-sedap di atas bukit sambil dapat melihat pemandangan. Anda boleh pilih nak duduk dalam ke nak duduk luar. Kalau duduk luar lagi seronok kerana anda dapat melihat sekeliling. Selain itu, pada waktu petang, anda akan dapat menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik. Bolehlah anda bergambar sebagai kenangan.

Makanan disini merupakan makanan ala barat ya. Oleh itu, anda dapat memilih spageti, lamb grill, salad, pasta dan banyak lagi. Harga makanan juga berpatutan dengan pengalaman yang anda boleh dapat serta saiz dan rasa yang cukup menarik. Jika anda nakkan suasana romatis, anda boleh membuat tempahan di lama web atau telefon sahaja mereka.

Alamat: Hilltop cuisine, Persiaran Warisan, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi: 3.00pm – 11.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 01126280321

Whatsapp Hilltop Cuisine

10. Pak Li Kopitiam Seksyen 7

Kredit caridestinasi.com

Kalau anda menetap di Shah Alam, sudah pasti nama Pak Li Kopitiam di Seksyen 7 ini sudah menjadi destinasi wajib pergi untuk mencari aneka makanan yang pelbagai dan sedap. Destinasi ini menyajikan banyak pilihan makanan baik dari makanan tempatan, masakan panas sehinggalah makanan ala barat. Pada waktu hujung minggu, kena sabar banyak-banyak kerana memang penuh dengan pelanggan. Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan kalau ke sini ialah nasi ayam lemon, kuew teaw goreng, chicken chop Hainan & laksa. Suasana kedainya yang lapang & ada kawasan berhawa dingin serta open air pasti sangat sesuai untuk sesiapa sahaja datang menjamu selera di sini baik untuk breakfast, lunch, dinner atau supper.

Peta Lokasi | Jarak | 603-5511 3608 | Facebook | Website

Alamat: 42, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 8.00 am – 1.30 am


Itulah dia idea-idea tempat makan best-best di Selangor yang boleh anda lawati kalau dah terlajak bercuti ke sini. Banyak lagi sebenarnya destinasi makan menarik yang ada di Selangor untuk anda jalan jalan cari makan, namun akan bersambung di lain hari. Anda tahu destinasi restoran menarik atau tempat makan yang sedap di Selangor yang mesti dicadangkan kepada pelancong luar? Sila komen di bawah. Akhir kata, tepuk dada tanya selera & selamat mencuba. Wassalam.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Foodie

To Top