The Best Fluffy Pancakes recipe you will fall in love with. Full of tips and tricks to help you make the best pancakes.

5 Menu Resepi Diet Yang Sihat & Menyelerakan

Tengah mencari menu resepi diet yang sedap ke tu? Semasa berdiet, mesti anda ingin menikmati makanan diet enak tanpa perlu memaksa tekak utk menelan sayur.
[elementor-template id=”2534″]

Tengah mencari resepi makanan diet dan menu resepi diet yang sedap ke tu?

Semasa berdiet, mesti anda ingin menikmati hidangan makanan enak tanpa perlu memaksa tekak untuk menelan sayur-sayuran semata-mata. Tetapi, bolehkah makan sedap-sedap semasa diet?

Semestinya boleh! jika kena dengan caranya. Oleh itu, berikut kami senaraikan 5 masakan diet yang sesuai untuk anda. Teruskan membaca!

5 Masakan Resepi Diet Yang Sesuai Untuk Anda

1.Resepi Diet Air Kurus

resepi makanan diet air kurus
Kredit : resepi.my

Resepi ini telah dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau.

Ianya menggunakan bahan seperti rempah ratus yang bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga amat sedap. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 liter air
  • 2 batang serai
  • 7 biji cengkih
  • 1 batang Kayu Manis Ceylon
  • 3 hiris halia di ketuk
  • 1 biji lemon
  • Madu

Cara – cara pembuatan:

  • Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min.
  • Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu.
  • Minum ketika masih suam sebelum makan.
  • Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas.
  • Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!

2.Resepi Diet Salad Ayam

resepi diet salad ayam kewpie dessing roasted sesama yuzu taste halal
Kredit : rasa.my

Hidangan ini sesuai dinikmati sebagai menu tengah hari. Mengenyangkan dan cukup menyihatkan!

Resepi ini dikongsikan oleh Nabihah Azhar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk Cajun
  • Serbuk paprika
  • Salad
  • Tomato ceri
  • Telur rebus
  • Kewpie Salad Dressing

Cara-cara:

  1. Perapkan isi ayam dengan serbuk paprika, serbuk lada hitam dan serbuk cajun.
  2. Panggang ayam. Jika mahu isi ayam lembap, boleh panggang sekejap. Jika mahu isi ayam yang garing, panggang sedikit lama.
  3. Hidang ayam panggang tadi di atas salad.
  4. Taburkan tomato ceri.
  5. Letakkan telur rebus.
  6. Tambahkan salad dressing.
  7. Sedia untuk dihidang.

3.Resepi Makanan Diet Cloud Omelette

resepi diet omelette telur
Kredit : resepi.my

Resepi berikut amat sesuai dijadikan sarapan pagi, ia sesuai dijadikan hidangan diet ia rendah kalori dan tinggi protin yang akan membuat anda kenyang hingga tengahari.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan

  • Putih telur
  • Garam
  • Lada putih
  • Keju, daging cincang, daun bawang (pilihan).

Kaedah

  • Pukul putih telur dengan mixer jira-kira 2-3 minit, sampai berbuih.
  • Tambahkan garam dan lada putih secukupnya.
  • Pukul lagi sehingga ia kaku.
  • Didalam kuali tidak melekat, tambah sedikit sahaja mentega.
  • Tuangkan bancuhan telur tadi dan tambahkan keju atau daun bawang.
  • Masak sehingga bahagian bawahnya masak.
  • Kemudian lipat dua, balikkan agar kedua-dua bahagian masak rata.
  • Siap.

4.Resepi Makanan Diet Tortilla Ayam

resepi diet tortilla ayam
Kredit rasa.my

Selain roti, tortila juga sesuai dijadikan pengganti bagi nasi sebagai sumber karbohidrat.

Resepi ini dikongsikan oleh Fatien Zaini di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Tortilla
  • Isi ayam bahagian dada (dipotong kecil)
  • Salad
  • Tomato
  • Lobak (dihiris halus)
  • Timun (dihiris halus)
  • Kobis
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Sos thousand island
  • Telur

Cara-cara:

  1. Bakar tortilla menggunakan kuali.
  2. Gaulkan isi ayam dengan garam dan celupkan dalam telur dan tepung serbaguna. Gorengkan.
  3. Letakkan tortilla serta bahan-bahan lain dan gulungkan.
  4. Sedia untuk dihidang.

5.Resepi Diet Salad Buah-Buahan

resepi diet salad buah
Kredit : saji.my

Tadi kita cuba salad sayur-sayuran, apa kata kali ini anda cuba salad buah-buahan pula?

Resepi ini dikongsikan oleh Rozita Daud di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah pelam
  • 2 biji epal hijau
  • 2 biji epal merah
  • Kismis hitam (jumlah ikut kesukaan)
  • Anggur  
  • ½ tin susu cair
  • 1 yogurt rendah lemak perisa strawberi
  • 5/6sudu mayonis buah-buahan

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sebati.
  2. Sedia untuk dihidang.

Itulah dia 5 resepi diet yang menyelerakan , kerana ketika berdiet kita tidak boleh abaikan mikro nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Pilihlah diet yang sesuai dengan anda. ada orang berdiet kerana terlalu obes , ada orang diet kerana sakit .

Oleh itu tanya pada diri kenapa anda perlu diet, kerana pelan diet yang terbaik bagi kita ialah yang boleh kita amalkan seumur hidup. Apapun semoga anda berjaya dan jangan lupa kongsikan diet ini bersama rakan-rakan anda.

Baca lagi artikel menarik yang berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *