Bantuan Tambahan Automatik RM700. Tahukah anda mulai November 2022 ada bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu memohon iaitu bantuan MySalam dan bantuan ini masih disalurkan sehingga tahun 2023.
Bantuan MySalam merupakan inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberi perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah melalui Tabung Amanah MySalam.
Skim itu bertujuan membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah menjalani kehidupan normal apabila berdepan dengan cabaran kewangan dengan penyakit.
FAEDAH BANTUAN TAMBAHAN RM700 SECARA AUTOMATIK
Faedah yang akan diterima oleh pemohon yang layak adalah seperti berikut:
Menerima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan.
Terima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun dengan kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
Berita baik untuk semua rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada penerima BKM yang layak mulai tahun 2022.
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu anda ketahui sebelum memohon:
Individu berumur antara 18 dan 65 tahun dan pasangan mereka.
Individu berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM24,000.
Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dengan pendapatan RM24,000 setahun.
BAGAIMANA NAK TEBUS MYSALAM
Berikut ialah cara menebus bantuan MySalam RM700:
Penerima BSH/BPR akan layak secara automatik, mereka akanterus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.