Wajib Ada Lampu LED Kecemasan di Rumah, Modal RM2 Beli di Kedai ECO, Memang Terang Menderang Satu Rumah Bila Blackout
korang wajib beli lampu LED kat kedai ECO ni untuk waktu kecemasan time tak ada elektrik . Korang takyah dah pasang lilin , cari lighter ke psang torchlight hp ke dah lepas ni.
Stanby Lampu Kecemasan Ni Di Rumah. Modal RM 2 Je & Memang Terang Menderang Satu Rumah Bila Blackout!
Kejadian blackout atau bekalan elektrik terputus terutamanya pada waktu malam tentunya akan menyebabkan satu rumah akan bergelap. Bila ini terjadi, boleh mengundang rasa takut pada anak-anak dek kerana terlalu lama bergelap.
Namun alangkah bagusnya andai kita bersiap sedia sekiranya berlaku perkara tersebut. Tidaklah menggelabah kita mencari lilin, lampu suluh atau pemetik api bila bekalan elektrik terputus.
Cara yang ingin dikongsikan oleh Wan Emilia Elisyhah ini tidak kurang hebatnya. Bukan sahaja menyenangkan malah bajetnya juga cukup rendah, hanya RM 2.10 sahaja.
Menariknya juga, ini bukan sahaja memudahkan kita untuk mendapatkan sumber cahaya ketika dalam kegelapan, malah yang penting anak-anak tidak lagi berasa takut hingga menagis dan menjerit bila tiada bekalan elektrik.
Lampu LED Emergency Kecemasan Murah RM2
Nak tahu apakah perlu kita buat, jom semak perkongsian menarik ini :
Okay korang wajib beli lampu LED kat kedai ECO ni untuk waktu kecemasan time tak ada elektrik . Korang takyah dah pasang lilin , cari lighter ke psang torchlight hp ke dah lepas ni.
Korang just beli lampu LED kecik ni pastu beli batery 3A yang kecik tu .Then terus pasang dan tampal je kat dinding. Nak kukuh letak lagi double tape kat belakangnya.
Ni idea myfather myhero Wan Zool dia yang buat dulu kat rumah. Nak tengok sejauh mana terang lampu ni, korang tengok video kat bawah.
Beli tu banyak sikit, boleh pasangkan kat rumah orang tua kita, senang orang tua kita click je lampu tu kalau tak ada eletrik dan boleh juga buat meja makeup, letak kat sekeliling cermin fuhhh memang terbaik!