Connect with us

Resepi Pulut Panggang Sedap dengan Inti Kelapa Pedas

Resepi

Resepi Pulut Panggang Sedap dengan Inti Kelapa Pedas

Resepi Pulut Panggang Sedap dengan Inti Kelapa Pedas

Resepi Pulut Panggang

BAHAN PULUT
1 kg beras pulut
1 cawan santan
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT PULUT

  1. Cuci beras bulut bersih-bersih. Rendam selama 30 minit. Kemudian kukus sehingga masak.
  2. Keluarkan pulut yang sudah dikukus tadi. Gaul dengan sedikit santan dan garam. Kukus lagi beberapa minit.
  3. Matikan api dan biarkan sejuk.

BAHAN INTI
7 tangkai cili kering
3 cm kunyit hidup
1 sudu besar udang kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 inci halia
2 batang serai
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa (diparut)
1 cawan air
Gula perang secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT INTI

  1. Kisar cili kering, kunyit hidup, udang kering, jintan manis, jintan putih, halia, serai, bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan kuali dan masukkan kelapa parut. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.
  3. Masukkan air. Masak inti dengan api sederhana. Selalu kacau.
  4. Masukkan gula perang dan garam. Kacau sehingga inti kering. Matikan api, ketepikan.

CARA PENYEDIAAN

  1. Ambil pulut. Kepal-kepalkan. Letak inti. Kemaskan.
  2. Gulung dalam daun pisang. Kemaskan. Kemudian klip dengan lidi atau dawai kokot (stapler)
  3. Panggang atas api atau guna air fryer pun boleh. Siap.

Nota: Mana yang belum mahu dipanggang, masukkan dalam bekas plastik. Boleh simpan dalam peti sejuk untuk disejukbekukan.

Kredit FB Geng Masak-Masak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Resepi

To Top