Connect with us

Resepi Ikan Kembung Masak 3 Rasa

Resepi

Resepi Ikan Kembung Masak 3 Rasa

Resepi Ikan Kembung Masak 3 Rasa

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK 3 RASA.

Tak mampu beli siakap, ikan kembung pon boleh buat 3 rasa. SEDAPPP… boleh try.

Bahan-bahan:

Ikan kembung 4 ekor
2 biji bawang putih – dicincang halus
5 biji bawang merah – dicincang halus
8 biji cili merah – dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
2 biji tomato – dipotong dadu
2 kerat nenas – di potong dadu
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun ketumbar
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit
garam
gula
serbuk perasa
Minyak

Cara:

Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung.
Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika.
Kemudian, masukkan pula nenas. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
.

Selamat mencuba.
Silalah share yer.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Resepi

To Top