Connect with us

Resepi Gulai Kawah Kelantan Asli – Hidangan Kenduri yang Wajib Cuba!

Resepi

Resepi Gulai Kawah Kelantan Asli – Hidangan Kenduri yang Wajib Cuba!

Resepi Gulai Kawah Kelantan Asli – Hidangan Kenduri yang Wajib Cuba!

Pernah makan #GulaiKawahKelantan tak? Menu kenduri negeri ambo. Lama dah tak gi makan gulai.. nak balik kampung pun tak boleh musim pkp ni jadi kita kenduri dekat rumah aje lah.. kalau ada yang nak buat saya kongsi resepi cara ibu saya.

Bahan-bahan:
1kg daging potong melintang ira nanti cepat empok. Basuh bersih toskan
1/2 kg santan
4 sudu rempah kari
3 sudu kerisik
5 biji kentang buang kulit potong
Sedikit air asam jawa
Nise atau gula melaka
Garam gula secukup rasa
Bahan utk menumis (A)
1 labu bawang merah besar
2 ulas bawang putih
1cm halia

Semua diatas dimayang atau potong

1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Utk dikisar atau blend (😎
2 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2cm halia

Cara membuat:

  • Panaskan minyak dalam kuali tumis semua bahan A hingga garing dan masuk serbuk kari bancuh dengan sedikit air.
  • Kacau rata hingga pecah minyak masuk bahan B kacau masuk daging kacau bagi sebati biar sehingga air daging keluar.
  • Tambah sedikit air kalau daging belum empuk. Bila dah empuk masuk santan kalau pekat masuk air tengok sebanyak mana kita nak kuah sesuai dengan daging.
  • Masuk kentang biar mengelegak dan mendidih.
  • Masuk air asam jawa garam gula nise secukup rasa dan kerisik. Biarkan mendidih merenih hingga pecah minyak.
  • Gulai kawah ni makin lama didih dengan api kecil makin cantik dan sedap.

Tadaa dah siap boleh makan dengan nasi atau pulut dan apa saja yang kita suka. Selamat mencuba semoga bermanfaat.

Kredit FB : Azizah Daud

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Resepi

To Top